HUAWEI baru-baru ini telah melancarkan dua produk ikonik mereka buat pasaran Malaysia iaitu HUAWEI Watch Fit 3 dan juga komputer riba dengan spesifikasi terhebat iaitu HUAWEI MateBook X Pro (2024).
Pengenalan dua produk ini sekaligus menunjukkan komitmen HUAWEI dalam memperkenalkan produk yang memenuhi gaya semasa dan juga teknologi terkini.
HUAWEI Watch 3
Hadir dengan rekaan yang memfokuskan buat anak muda, jam tangan dengan rekaan petak ini memfokuskan kepada ketahanan bateri yang panjang dan juga membantu memantau kesihatan pengguna.
Kehadiran model ini sekaligus memamaparkan bagaimana sebuah jam tangan pintar dapat digunakan sebagai bagi tujuan fesyen namun tidak mengenepikan fungsi terkini yang tersedia.
HUAWEI Watch 3 Fit hadir dengan rekaan berbentuk petak serta ditawarkan dengan enam warna eksklusif terdiri daripada hijau, putih, merah jambu, hitam, putih dan juga kelabu di mana setiap satunya dipadankan dengan tali jam pintar berkualiti tinggi.
Fungsi yang menjadi tumpuan ramai sudah tentunya HUAWEI TruSeen™ 5.5 yang membantu dan TruSleep™ 4.0 di mana masing-masing membantu dalam menjejak kadar denyutan nadi dan juga ritma tidur pengguna. Menarik bukan?
HUAWEI Watch Fit 3 sedia ditawarkan pada harga serendah RM599 dan dibuka untuk pra tempahan. Pelanggan yang membuat pra-tempahan bermula sekarang sehingga 17 Mei ini berpeluang mendapat hadiah menarik bernilai RM89 serta baucar bernilai RM30.
HUAWEI MateBook X Pro (2024)
Sejak mulai diperkenalkan, HUAWEI MateBook X Pro berjaya meletak penanda aras baharu dalam dunia komputer riba.
Pada kali ini, HUAWEI MateBook X Pro (2024) meneruskan resipi yang sama dalam menawarkan komputer riba yang ringan, nipis namun masih lagi mampu menawarkan prestasi dan spesifikasi yang hebat buat para pengguna.
Pakej yang ditawarkan pada model ini bersama bantuan HUAWEI Cloud Falcon Architecture sekaligus membuatkan model ini menjadi pilihan para profesional serta mereka yang mahupun spesifikasi terbaik dalam sebuah komputer riba.
Mengulas dari segi skrin, HUAWEI MateBook X Pro (2024) hadir dengan skrin sesentuh 14.2-inci LTPS yang mampu menawarkan resolusi 3K serta paparan meliputi 90% keluasan skrin beserta skongan 100% sRGB color gamut dalam menawarkan skrin yang jelas dan terang.
Bukan itu sahaja, bahagian tepi skrin HUAWEI MateBook X Pro (2024) hadir dengan material anti silau dalam membantu pengguna untuk menggunakan model ini dalam tempoh yang panjang.
Model ini dikuasakan oleh processor terkini daripada Intel® Core™ Ultra 9 yang mampu menawarkan kerja pemprosesan dengan pantas.
Penawaran HUAWEI Shark Fin Fan 3.0 yang membantu model ini berada dalam suhu optimum serta mengelakkan daripada mudah panas meskipun digunakan dalam tempoh yang panjang.
HUAWEI MateBook X Pro (2024) sedia ditawarkan pada harga RM8,999 dan ditawarkan secara pra-tempahan bermula 14 Mei sehingga 24 Mei ini.
Para pelanggan yang membuat pra tempahan bagi HUAWEI MateBook X Pro (2024) menerusi laman rasmi HUAWEI berpeluang menikmati pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM4,582. Serius berbaloi!
Para pelanggan yang berminat berpeluang untuk melihat produk terbaru HUAWEI dengan lebih dekat dengan melawati HUAWEI Experience Store dan kedai rasmi Senheng.
Buat anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk terbaru HUAWEI ini, anda boleh layari laman rasmi HUAWEI dengan klik di sini.