Sebut mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim Dan Jokowi pasti seluruh dunia mengenalinya. Berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri dan Presiden antara yang membuatkan dua individu ini dikenali ramai.
Terbaharu, bersempena dengan lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jakarta, Indonesia, kehadiran beliau telah disambut dengan baik dan meriah oleh seluruh warga Indonesia.
Baca Juga:
- Tular Bawa Bayi Naik Jet Ski, Netizen Indonesia Mahu Anwar Ibrahim ‘Claim’ Influencer Ini Sebagai Warganegara
- Soalan Mengenai Anwar Ibrahim Ditanya Dalam ‘Who Wants to Be a Millionaire’ India
- Tun Mahathir Tidak Yakin Kemampuan Anwar Ibrahim Tadbir Negara
Malah Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menguucapkan negara Indonesia merupakan negara yang dekat dirinya berikutan sokongan terus-menerus negara jiran tersebut terhadap perjuangannya.
Terbaharu, selepas selesainya wawancara Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jakarta, terdapat seorang ahli akademik, filsuf dan juga penganalisa politik Indonesia iaitu Rocky Gerung yang secara lantang memuji kehebatan dan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
@iams4if banyak membaca… #anwaribrahim #perdanamenterimalaysiake10 #malaysia #indonesia #fyp #fypシ #tiktokmalaysia #tiktokindonesia
Lebih mengejutkan ramai, beliau berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim jauh lebih hebat dan memahami Indonesia jika dibandingkan dengan presiden mereka sendiri iaitu Jokowi.
Perkongsian daripada YouTuber seterusnya tular di TikTok ini sekaligus telah menjemput komen netizen dari Malaysia dan Indonesia di mana masing-masing berpendapat dua tokoh ini mempunyai kelebihan tersendiri dan tidak wjar dibandingkan.



Tidak kurang juga yang berpendapat tugas Jokowi sebagai Presiden Indonesia sudah terbukti manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim masih memerlukan masa untuk membuktikan diri beliau sebagai pemimpin yang hebat. Anda boleh tonton perkongsian penuh Rocky Gerung mengenai pendapat beliau terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan klik pautan di bawah.