Leica pada bulan ini telah melancarkan sebuah kamera edisi terhad iaitu M Typ 262. Menariknya mengenai model ini, Leica telah memilih kemasan warna merah untuk disalut pada bahagian badan kamera ini. Sesuatu yang jarang dapat kita lihat daripada pengeluar jenama Leica.

Menyoal dari segi kualiti, jenama yang berpengkalan di Jerman ini berjaya menyertakan kualiti yang terbaik. Leica Red M Typ 262 ini turut disertakan dengan sensor CMOS 24-megapixel.

leica-m-typ-262-red-anodized-1

leica-m-typ-262-red-anodized-2

leica-m-typ-262-red-anodized-3

Memandangkan model ini dikeluarkan oleh jenama Leica dan merupakan edisi terhad, harga yang premium pastinya sudah dijangkakan. Leica Red M Typ 262 bakal mula dijual dengan harga $6,995 (~RM28,536.10). Pengguna boleh turut dapatkan lens AP0-Summicron-M 50mm f/2 yang dijual secara berasingan.

Kemungkinan mereka yang berminat perlu mendapatkannya daripada reseller dengan harga yang lebih mahal berikutan pengeluarannya yang cuma 100 unit. Sanggupkah anda?