Seorang lelaki berusia 25 tahun didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di Kajang kerana menampak pelekat bendera Israel di sebuah restoran makanan segera pada minggu lalu.
@thestarmalaysia Part-time worker fined RM100 for placing Israeli flag stickers at fast food restaurant
Lelaki bernama Tariq Hazim Mohd Yusri merupakan seorang pekerja sambilan sewa kereta, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Nurul Hafzan Ab Aziz.
Dia diminta membayar denda RM100 itu atau dipenjara sehari jika gagal membayar denda tersebut. Nurul Hafzan turut menasihati tertuduh agar memikirkan terlebih dahulu kesan daripada perbuatannya sebelum melakukan perkara seperti itu.
“Jika kamu berbuat begitu, adakah ia akan menjadi keadaan yang lebih baik,” kata Nurul Hafzan.
Menurut hujah pertuduhan, Tariq Hazim didakwa meletakkan pelekat bendera Israel, yang dianggap boleh mengancam keselamatan pekerja di restoran tersebut yang berada Batu 10, Jalan Hulu Langat.
Dia melakukan perbuatan itu pada 29 Mei lalu pada jam 4.42 petang. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14, Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM100, jika sabit kesalahan – menurut sumber Sinar Harian.
Ketika hari kejadian seorang pekerja wanita yang dalam perjalanan ke tandas mendapati ada pelekat bendera Israel pada lantai kaki lima premis berkenaan.
Wanita itu melaporkan perkara itu kepada pegawainya dan mereka membuat semakan di kamera litar tertutup mendapati ada seorang lelaki yang melakukannya dan beredar menggunakan sebuah kereta.
Semasa prosiding, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nabilla Rosli yang mewakili Tariq, merayu agar anak guamnya diberi hukuman minimum atas alasan, tertuduh sudah menyesali perbuatannya.
Kemudian Nabila turut menegaskan bahawa Tariq hanya pekerja sambilan yang masih menyara isteri seorang suri rumah serta ibu mertuanya yang juga ibu tunggal.
Selain itu ibu Tariq juga ada mengalami sakit hati dan ayahnya ada penyakit jantung tegas kenyataan daripada peguamnya.
Namun begitu pihak Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Husna Amran memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal. Ini kerana mahkamah perlu mengambil kira kepentingan awam agar dia tidak mengulangi lagi kesalahan sama di masa akan datang.
Tariq kemudian menjelaskan dia berbuat kerana terbawa bawa dengan emosi setelah ada ahli keluarganya meninggal dunia di Palestin.
Dipetik dari sumber Sinar Harian, Tariq Hazim berkata: “Saya tampal bendera Israel di kedai makanan segera itu sebab saya marah, selepas ada keluarga saya meninggal dunia di Palestin.”
Sumber yang sama melaporkan bahawa polis Selangor sudah menerima tujuh laporan kes restoran makanan segera diconteng dan ditulis dengan perkataan jelik di negeri itu bagi tempoh 28 Mei sehingga 6 Jun setakat ini.
Tindakan itu dipercayai kerana boikot yang sedang berlaku di tengah konflik yang berlaku di Gaza.