Seorang lelaki dari India yakin Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump adalah ‘tuhannya’ selepas mengalami mimpi. Dia juga mempunyai patung Trump yang diukir sendiri dan diletakkan di sebuah kuil di halaman rumahnya.
Krishna, 37 tahun, menyembah Trump sejak empat tahun yang lalu ketika Trump datang kepadanya dalam mimpi. Selepas itu beliau terus mengupah 15 pekerja buruh binaan untuk membantunya membuat patung khas setinggi enam kaki di rumahnya di selatan Telangana.
Kemudian perasaan dia untuk menyembah Trump menjadi bertambah kuat apabila berlaku satu pembunuhan seorang jurutera perisian di Telangana oleh Tentera Laut Amerika Syarikat, lapor SDE.
“Saya sangat kecewa dengan kejadian itu. Saya fikir satu-satunya cara presiden AS dan rakyatnya dapat memahami kehebatan kaum India adalah untuk menunjukkan kasih sayang kepada mereka. Itulah sebabnya saya mula menyembah Trump dengan harapan bahawa doa saya akan sampai kepadanya suatu hari nanti, “kata Bussa Krishna.
“Daripada berdoa kepada tuhan yang lain, saya memilih untuk berdoa kepada Trump,” katanya sambil memanggil presiden sebagai, “tuhan saya, Donald Trump.”
“Cinta saya kepadanya telah berubah menjadi penghormatan. Dia seperti Tuhan kepada saya sebab itulah saya bina patungnya,” katanya kepada TV New Delhi TV (NDTV) selepas ditanya mengenai patung Trump yang dikenakan dengan dasi merah, sut biru dan dengan tangan kanannya menunjukkan tanda bagus.
“Setiap hari Jumaat saya berpuasa untuk Trump. Saya juga membawa gambarnya dan berdoa kepadanya sebelum memulakan apa-apa kerja,” katanya kepada stesen tv tersebut itu.
Krishna, yang tinggal bersendirian, kini dikenali sebagai Trump Krishna, dan rumahnya dipanggil Trump House.
“Penduduk kampung tidak pernah menentangnya tetapi menghargai apa yang beliau lakukan,” teman kepada Krishna, Ramesh Reddy, lapor NDTV.
Jadi dia pada dasarnya berdoa kepada Trump dengan harapan bahawa kuasa rohaninya akan mencapai Presiden AS dan meyakinkannya tentang cinta dan kasih sayang yang dimiliki orang India untuknya.
Beliau dilaporkan teruja untuk bertemu Trump semasa kunjungan pertama presiden AS ke India minggu depan dan Krishna turut memohon kepada kerajaan India untuk memberi beliau peluang untuk bertemu Trump.
Trump dilaporkan akan memulakan lawatan rasmi pada 24 Februari ke bandar barat Ahmedabad, di mana beliau akan melawat bekas rumah pahlawan kemerdekaan Mahatma Gandhi.
Baca lebih lanjut mengenai Trump di sini, klik pautan di bawah.
Cadangan Damai Trump Beri Israel Kuasa Perluas Kawasan Jajahan Di Palestin
Ahli Parlimen Iran Tawarkan RM12 Juta Kepada Sesiapa Yang Berjaya Membunuh Donald Trump
Donald Trump Gelarkan Beliau Hero Selamatkan Hong Kong Daripada Dimusnah