KidZania adalah sebuah taman hiburan pendidikan dalam ruangan yang unik, yang menawarkan pengalaman interaktif bagi anak-anak berusia 2 hingga 14 tahun.
Konsepnya adalah sebuah kota mini yang dirancang khusus untuk anak-anak, lengkap dengan bangunan, jalanan, kendaraan, dan mata wangnya sendiri yang disebut “kidZos”.
Di dalam kota ini, anak-anak dapat mencuba berbagai macam pekerjaan dan profesion dewasa melalui aktiviti bermain perana (role-play) yang realistik.
Oleh itu, setiap bangunannya mempunyai dekorasi yang mengambarkan profesion yang ada di dalam dunia kita.
Dalam pada itu, seorang pemandu pelancong bernama Tomy telah memperlihatkan satu perkara yang unik apabila replika pesawat yang diletakkan pada bangunan KidZania mempunyai logo syarikat penerbangan Malaysia dan bukan dari negara itu sendiri.
Pasti ramai tertanya-tanya apakah sebabnya logo syarikat penerbangan Malaysia telah dipaparkan di sana?
Menurut Tomy, ini bukanlah sesuatu yang asing lagi kerana sebelum ini juga Qatar Airlines pernah menghiasi replika pesawat tersebut.
Hal ini mungkin membuatkan sesetengah individu tempatan di sana sedikit kecewa mengapa bukan syarikat penerbangan Singapura yang menjadi duta pada replika pesawat di KidZania Singapura.
Rupanya sebab KidZania Singapura hanya mempamerkan spesifik jenama syarikat penerbangan adalah kerana mereka telah menaja secara langsung kepada KidZania.
Oleh itulah logo si penaja akan dipaparkan dengan jelas pada bahagian hadapan replika pesawat tersebut sekaligus menjadi promosi kepada pengunjung.
Di pengakhiran video Tony meminta Singapore Airlines untuk menaja KidZania selepas ini.
@thetomitomo Honestly SQ doesn’t even need this advertising xD #sentosa #singapore #traveltips #dashingheights
Perkongsian lelaki itu telah memberi pencerahan yang jelas sebab kewujudan logo Malaysia Airlines di bangunan KidZania Singapura dan netizen dari Malaysia meluahkan rasa bangga dengan inisiatif pihak Malaysia Airlines yang secara tidak langsung mempromosikan negara ini di sana.