Lelaki dipercayai warga asing yang dipercayai peniaga, bertindak agresif menyerang penguatkuasa DBKL

Kejadian dipercayai berlaku di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Lelaki dipercayai warga asing itu berniaga di laluan penjalan kaki. Membuatkan penguatkuasa DBKL mengambil tindakan meminta lelaki itu tidak lagi berniaga di situ.

Lebih mengejutkan apabila lelaki itu siap memasang khemah besar untuk berniaga di tempat tersebut.

Apa yang mengejutkan lelaki yang dipercayai warga asing itu telah bertindak agresif dan mencabar pegawai DBKL yang sedang menjalankan tugas mereka.

Dia bersama seorang lagi lelaki lain yang dipercayai rakannya menunjukkan kemarahan mereka.

dbkl

DBKL meminta peniaga tersebut menunjukkan lesen perniagannya. Namun lelaki itu tidak ada lesen berniaga.

Lelaki dipercayai warga asing bertindak agresif

Dalam insiden yang agak tegang, terdapat beberapa individu lain yang meleraikan lelaki tersebut yang ternyata tidak berpuas hati apabila dilarang berniaga di kawasan tersebut.

Netizen simpati dengan nasib pegawai penguatkuasa DBKL. Ini kerana sudah banyak insiden pegawai DBKL diherdik dan yang diserang oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan penguatkuasaan DBKL.

Netizen yang lain berharap lelaki dalam video tersebut dihadapkan ke muka  pengadilan. Dan jika benar dia adalah lelaki warga asing yang berniaga secara haram, maka netizen meminta hukuman berat dijatuhkan ke atasnnya.

Sebelum ini The Vocket turut melaporkan bahawa warga asing semakin berani berniaga secara terbuka sehingga ada yang membuat live TikTok ketika berniaga.

warga asing

Ianya membuatkan PASKOM bertindak pantas menyerbu kedai milik warga asing tersebut dan kesemua mereka telah ditahan untuk disiasat.

Macam Dalam Movie, Netizen Puas Hati Tengok Warga Asing Berniaga Sambil ‘Live TikTok’ Diserbu

Warga asing yang datang dengan permit sebagai pekerja, sama sekali dilarang untuk berniaga di Malaysia. Namun semakin hari semakin ramai warga asing yang berani melanggar undang undang negara.