Seorang lelaki telah ditangkap berhubung kecurian kabel KTMB dekat Laguna Merbok selepas tular satu video di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail, mengesahkan penahanan suspek sekitar jam 12.30 tengah hari ini selepas video itu tersebar, petik Berita Harian.

Baca Juga:

Satu laporan polis diterima daripada juruteknik KTMB selepas semakan mendapati sebuah ‘manhole’ (lurang) terbuka dan kabel sepanjang 200 meter bernilai RM20,000 telah hilang dicuri.

@rosaganhussein548

♬ bunyi asal – sagan ROSAGAN HUSSEIN – sagan ROSAGAN HUSSEIN

“Selepas siasatan, suspek mengaku mencuri kabel berkenaan dan polis turut menemui semula barang yang dicuri.

“Siasatan lanjut mendapati suspek yang menetap di Sungai Layar, dekat sini mempunyai mempunyai sembilan rekod lampau membabitkan kes penyalahgunaan dadah, khianat terhadap harta benda dan mencuri.

“Saringan air kending juga mendapati suspek yang pernah dikenakan hukuman di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 positif Methamphetamine,” katanya.

Sumber