Rudi Sihaloho (41), yang sebelum ini menikam tiga beradik kanak-kanak di Sumatera Utara telah membuat pengakuan tentang sebab kenapa doa berbuat demikian.

Rudi telah menikam tiga mangsa bernama Nathan Simarmata (7), Owen Simarmata (4) dan Daren Simarmata (1.5).

Daren Simarmata meninggal dunia. Sementara itu, dua orang lagi abangnya dalam keadaan kritikal.

Selepas menikam tiga beradik tersebut, Rudi Sihaloho segera menyerahkan diri ke balai polis.

Rudi mengakui tidak menyesal selepas menikam tiga kanak-kanak kecil itu. Dia mendedahkan bahawa dia sudah tidak tahan menerima ejekan daripada tiga beradik tersebut, menurut sumber Tribunnews.

Di mana ketiga tiga adik beradik itu dituduh biadap ke atasnya. Dia juga akui kecewa dengan sikap keluarga kanak kanak  itu yang dianggap tidak pernah menegur perbuatan anak mereka.

“Tidak (menyesal). Ah, malas. Kerana  tidak dapat ibu bapanya tadi.

“Bukan kerana dendam, tuan, kerana (mereka) asyik mengejek saya sehingga saya tidak boleh melakukan kerja.

“Sedikit demi sedikit, mengintai dari bawah jemuran, memanggil saya ‘kudis, kudis’, orang itu terus ketawa.

“Saya tidak dapat menahan emosi lagi, saya terus mengambil pisau dari dapur. Ya (puas hati), tidak (menyesal),” jelas Rudi dalam video berdurasi 1 minit 17 saat itu dengan pakaian lokap.

Menurut laporan yang lain, Rudi dan ibu bapa budak tersebut selalu bertengkar. Ini kerana Rudi seringkali memarahi kanak kanak itu dan mereka mengadu kepada ibu bapa mereka.

Seterusnya,  Rudi juga dilaporkan ada masalah mental. Di mana dia kerap diserang sawan. Dia mengalami tekanan yang teruk selepas ditinggalkan isterinya dan tinggal berseorang.

Dia membantu abangnya berniaga di pasar.

Ibu bapa mangsa benar benar terkejut dengan apa yang berlaku. Dan berharap Rudi dikenakan hukuman setimpal.