Seorang lelaki ditahan oleh pihak polis selepas membawa pistol dalam satu kejadian rusuhan antara penyokong kelab bola sepak di Indonesia.
Menurut laporan Kompas, polis Cikarang Utara menangkap seorang lelaki mengacungkan sepucuk pistol ketika terlibat dalam pergaduhan antara penyokong bola sepak.
Baca Juga:
- Gabenor Indonesia Cadang Mandulkan Lelaki Miskin Untuk Kawal Kelahiran, Diberi RM130 Sebagai Insentif
- Tindakan Penyokong Makan Diri, Ini Dua Hukuman FIFA Buat Indonesia
- ‘Biarpun Dihantar Pulang Ke Kampung, Kami Akan Tetap Balik Ke Malaysia’ – Perantau ‘Haram’ Indonesia
Punca Kejadian Yang Melibatkan Pistol
Kejadian bermula ketika pelaku dan beberapa rakannya sedang meraikan kemenangan pasukan kegemaran mereka yang pernah menjuarai pertandingan peringkat kebangsaan.
Sambutan kemenangan dilakukan secara konvoi. Di tengah-tengah konvoi, mereka terserempak dengan penyokong pasukan lawan dan ketegangan berlaku.
Dua kumpulan penyokong ini bergaduh dan pelbagai objek digunakan sebagai senjata dan seorang lelaki secara tiba-tiba mengacungkan pistol.
Sejurus selepas pergaduhan itu, lelaki itu ditahan pegawai dan segera menjalani pemeriksaan intensif di Ibu Pejabat Polis Cikarang Utara.
“Dalam siasatan, pelaku mengaku senjata yang dibawanya adalah senjata mainan yang digunakan ketika bertembung untuk menakutkan lawannya,” kata wakil polis.
Selain itu, ketika ujian air kencing dijalankan oleh pihak polis, lelaki tersebut didapati positif mengambil kristal methamphetamine.

Bola sepak Indonesia sinonim dengan keganasa di kalangan penyokong yang mengakibatkan kehilangan nyawa.
Pada 1 Oktober 2022, seramai 135 orang terbunuh dalam kejadian rusuhan antara penyokong dan pihak polis di Stadium Kanjuruhan, Malang.