iPhone dengan port USB-C berjaya dihasilkan oleh seorang jurutera genius pada dua tahun lalu dan berjaya dijual pada harga lebih RM400,000. Memandangkan Apple masih berdegil tidak mahu menggunakan port USB-C, maka ramai yang berminat untuk membedah telefon itu.
Seorang jurutera daripada Korea telah berjaya menambah dua jenis port berlainan sekaligus menjadikan iPhone 12 mini hadir dengan sokongan dwi-port iaitu Lightning dan USB-C. Ini bukanlah gimik memandangkan ia boleh berfungsi seperti biasa.
Baca Juga:
- Apple Dijangka Perkenalkan Model iPhone ‘Ultra’ Dengan Harga Lebih Mahal Pada Tahun Hadapan
- iPhone 15 Kini Dilaporkan Sudah Memasuki Fasa Ujian Pembangunan Awal Di China
Ini termasuklah dengan kebolehan mengecas dan memindahkan data menerusi kedua-dua port tersebut. Kelebihan fungsi ini adalah membolehkan pengguna menggunakan fon telinga berwayar dalam masa yang sama melakukan pengecasan menerusinya.
Port USB-C sehingga ke hari ini menjadi idaman para pengguna iPhone kerana lebih fleksibel untuk kegunaan seharian. Bagaimanapun, sudah kedengaran khabar angin yang mengatakan Apple akan memperkenalkan USB-C versi mereka sendiri yang mana hanya boleh digunakan untuk iPhone sahaja.