Siapa sangka dengan ‘bakat’ berpura-pura mati membolehkan lelaki ini menjadi pelakon untuk satu siri terkenal Hollywood.

Josh Nalley, seorang pengurus restoran di Kentucky, Amerika syarikat sering berkongsikan video ‘mati’beliau di akaun TikTok @living_dead_josh. Setelah memuat naik video beliau ‘mati’ dengan pelbagai senario selama 321 hari berturutan tanpa henti, Josh telah mendapat peranan istimewa sebagai mayat untuk salah satu episod CSI: Vegas.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Baca Juga:

Dengan hasil kerja kerasnya memuat naik banyak video tidak bernyawa itu ternyata menarik perhatian produser rancangan TV tersebut.

@living_dead_josh

#foryoupage #fyp #csivegas

♬ Aesthetic – Tollan Kim

Nalley akan memainkan watak orang mati dalam episod CSI: Vegas yang akan datang. Mendapat tawaran tersebut membuatnya sangat gembira sehingga dia membuka sebotol champagne untuk meraikannya.

“Saya tidak pandai bercakap di depan kamera tetapi saya pandai berbaring dan berlakon mati dengan mudah. Saya fikir jika saya cukup kreatif memainkan watak orang yang tidak bernyawa, saya boleh mencuri perhatian rancangan televisyen dan itu menjadi kenyataan sekarang,” katanya kepada Louisville Courier Journal.

Dia memaklumkan dia mendapat idea itu selepas melihat seorang wanita menyiarkan tentang sos pedas di TikTok dan menerima pelbagai tawaran daripada peruncit, yang membuatkan dia tertanya-tanya sama ada dia boleh melakukan perkara yang sama dengan memainkan watak mayat di TikTok.

Sementara itu, dia terus menyiarkan video dirinya yang berpura-pura mati di akaun TikTok miliknya untuk peminat menonton.

Menerusi video TikTok tersebut, ramai meminatinya serta mengatakan untuk terus memuat naik video-video selepas debut menjadi pelakon untuk ditonton pada masa akan datang.