Sebagai pemilik kenderaan, memang sudah menjadi satu kebiasaan untuk membeli beberapa aksesori kereta untuk ‘menghias’ kenderaan masing-masing supaya nampak menjadi lebih cantik.
Terbaharu, tular satu ciapan yang berkongsikan bahaya penggunaan beberapa aksesori kereta yang sering digunapakai oleh orang ramai. Walaupun nampak kecil, tetapi ia memberikan impak sangat besar sekiranya berlakunya kemalangan.
Baru tahu pasal aksesori kereta yang BAHAYA. Baru nak pasang dashboard cover tak jadi terus. 🥲
Sebarkan untuk kebaikan bersama! pic.twitter.com/apcA5ooASh
— ê«€s (@ErahSoo) July 20, 2021
Antara beberapa aksesori kenderaan yang perlu diberikan perhatian oleh orang ramai ialah —
- Karpet tidak padan saiz
Apabila pemilik kenderaan memasang karpet tidak mengikut saiz yang bersesuaian, ia akan menyukarkan pemandu untuk mengawal pedal minyak dan brek lalu boleh menyebabkan kemalangan. - Cover dashboard
Ia boleh mengganggu airbag untuk keluar bagi menyelamatkan pemandu dan penumpang hadapan sekiranya berlaku kemalangan yang teruk. - Seat belt extender
Aksesori ini bukan sahaja boleh menyebabkan pemandu dan penumpang hadapan boleh terpelanting ke hadapan sekiranya ianya tercabut semasa brek kecemasan, bahkan ia boleh menyebabkan pihak insurans tidak boleh membenarkan pemilik kenderaan membuat sebarang tuntutan insurans. - Pelekat pada steering
Walaupun ianya nampak cantik pada mata pemilik kenderaan, tetapi ia boleh menyebabkan pemandu tercedera sekiranya airbag pada bahagian steering kenderaan terbuka.
Perkongsian ciapan tersebut telah meraih pelbagai maklum balas pengguna Twitter lain yang baru sedar aksesori yang sedang digunakan boleh memudaratkan diri mereka pada masa akan datang.
Bila tengok begini saya memilih untuk biarkan begitu sahaja tanpa memakainya.
— ê«€s (@ErahSoo) July 20, 2021
Carpet tu pernah jadi dkt aku. Accelerator sangkut dkt carpet.
— Efy Fauzi (@efyfauzi) July 21, 2021
— zarah (@azfztlmhmmd) July 20, 2021
Seatbelt kit tu tlong lh jgn pkai, ad bnde tu mmg insurance tk cover.
Atas dashboard jgn letak apa2 brang, klau penumpang jgn letak kaki jgk, skli airbag meletop dgn kaki kau meletop terkulai layu dipusara.
Paling penting, always pakai seatbelt.
— Fishy fishy (@princeariez95) July 21, 2021
teringat tahun 2019 airbag pecah depan muka time tu pakai bracess lagi. mmg barai isi pipi dalam mulut gue. https://t.co/JAPxeQeY5Z
— arifartini ariffin (@arifartininoni) July 21, 2021
Kongsikan artikel ini kepada ahli keluarga atau kenalan yang sedang menggunakan salah satu aksesori yang disenaraikan di atas agar mereka semua dapat mengelak daripada mengalami kesukaran pada masa hadapan.
Sukar keluar untuk pergi renew lesen? Baca perkongsian di bawah bagaimana gadis ini boleh perbaharui lesen secara online sahaja.
Mudah Dan Cepat, Gadis Ini Kongsikan Cara Untuk ‘Renew’ Lesen Secara Online
Peguam Ini Kongsi Cara Selesaikan Denda Kesalahan Jalan Raya Yang Melibatkan Mahkamah