Jenama Tesla sememangnya menjadi salah satu jenama yang dipandang tinggi oleh peminat kereta eletrik ekoran teknologi yang digunakan dan juga prestasi yang boleh dicapai oleh kereta keluaran jenama itu.
Untuk memaksimumkan penggunaan kereta Tesla miliknya, seorang lelaki di Indonesia mendapat perhatian selepas menjadikan keretanya sebagai mesin pengesan hantu.
Baca Juga:
- ‘ChatGPT Digunakan Untuk Rancang Letupan Cybertruck Tesla’ – Polis
- BYD Pamer Kebolehan Keretanya ‘Melompat’ Elak Jalan Berlubang
- Indonesia Hampir Muktamadkan Rundingan Bersama Beberapa Pengeluar Kereta Elektrik Dunia
cuma di indo, mobil tesla dijadiin ghost detector pic.twitter.com/S4vdKaTlY6
— River Lux (@luxsuriver) January 27, 2025
Lelaki tersebut mahu menguji sensor kereta selepas mendapat kemas kini baharu dan beliau memilih untuk melakukan ujian dengan mengunjungi tanah perkuburan awam.
Setelah memasuki kawasan perkuburan pada waktu malam, kereta tersebut berhenti sebelum sensor tiba-tiba mengesan kehadiran manusia yang berdiri di belakang kenderaan.
Namun, pemandu dan seorang lagi penumpang terkejut kerana tiada sesiapa di belakang kereta mereka, berbeza dengan paparan pada sistem berkenaan.
Beberapa saat kemudian, Romario menggerakkan sedikit keretanya sebelum sistem sensor mengesan satu lagi lembaga di sebelah kiri.
Namun, seperti dijangka, tiada seorang pun berada di sekitar kereta mereka ketika itu.
Tesla Dinobat Sebagai Jenama Kereta Paling Bahaya
Meskipun boleh mengesan objek yang tidak kasat mata, kajian terbaru mengenai keselamatan jalan raya oleh iSeeCars, sebuah laman web carian kereta yang berpangkalan di Amerika Syarikat, mendedahkan bahawa Tesla telah dinobatkan sebagai jenama kereta paling bahaya di Amerika Syarikat.
Data ini melibatkan model kereta tahun 2018-2022 dengan kemalangan yang mengakibatkan sekurang-kurangnya satu kematian penumpang.
Hasil kajian menunjukkan bahawa Tesla mencatatkan kadar kemalangan maut tertinggi berbanding jenama lain di Amerika Syarikat, dengan kadar 5.6 kemalangan maut bagi setiap bilion batu perjalanan.
Untuk perbandingan, purata kadar kemalangan maut bagi semua kereta di AS adalah 2.8.
Berada di tempat kedua adalah jenama Kia dengan kadar kemalangan maut 5.5, diikuti oleh Buick (4.8), Dodge (4.4), dan Hyundai (3.9).
Teknologi Yang Dipromosi Tesla Tidak Membantu
Walaupun Tesla sering mempromosikan teknologi bantuan pemandu canggih seperti Autopilot, data ini menunjukkan bahawa teknologi tersebut mungkin tidak cukup untuk mengurangkan risiko kemalangan maut.
Beberapa faktor yang mungkin menyumbang termasuk, kecepatan tinggi yang mampu dicapai oleh kereta Tesla dan pengguna yang terlalu bergantung kepada sistem bantuan pemandu tanpa perhatian penuh.