Nasi goreng disukai kerana rasanya yang sedap dan fleksibel, kemudahannya untuk dibuat dan didapati, serta popularitinya di seluruh dunia seperti di Malaysia dan kemampuannya untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai citarasa dan bahan setempat.

Baru-baru ini, tular sebuah video di platform X yang mana memperlihatkan reaksi seorang wanita dari Indonesia yang mana menanyakan juadah kegemaran seorang kawannya berasal dari Jordan.

Walaupun disoal mengapa mengemari makanan dari Indonesia, lelaki itu langsung menjawab soalan tersebut dengan tenang yang dirinya lebih suka juadah dari Malaysia.

Wanita itu kelihatan tersentak kerana tidak percaya mendengar kenyataan tersebut keluar dari mulut kawannya itu.

Ekoran tidak berpuas hati dengan respons itu, dia langsung menanyakan juadah apa yang disukai dari Malaysia.

Lelaki itu dengan tenang memberikan jawapan nasi lemak dan nasi goreng tetapi wanita itu tampak mahu ‘claim’ nasi goreng berasal dari Indonesia pula.

Wanita tersebut berulang-kali menekankan nasi goreng berasal dari Indonesia bagaimanapun lelaki Jordan itu menegaskan versi Malaysia jauh lebih bagus walaupun didakwa bukan makanan lokal negara ini.

Di pengakhiran video itu, lelaki Jordan itu meludahkan fakta sekali lagi dengan mengatakan: “Terima sahaja kenyataan, Malaysia lebih bagus”.

Video yang itu langsung menjadi perbualan hangat di platform X dan rata-ratanya netizen berpendapat ia sesuatu yang lucu apabila wanita itu bukan sahaja menerima tamparan hebat makanan Malaysia lebih bagus malahan cuba ‘claim’ sebagai makanan itu berasal dari Indonesia.

Yang lebih melucukan lagi apabila ada yang menyoal ChatGPT dan respons tetap memperlihatkan Malaysia sebagai pilihan untuk makanan terbaik.

Dalam pada itu, ada yang berpendapat jika kalau makanan boleh sahaja sama tetapi citarasa mengikut tekak masing-masing dalam perihal ini.