Lelaki yang memuat naik konten bengang dengan kanak kanak  menangis dalam feri, tampil membidas balik netizen.

Netizen Menyampah Tengok Pasangan Ini Rakam Detik Bengang Dengar Kanak Kanak Menangis

Tular video pasangan suami isteri yang menunjukkan mereka menyampah dengan kanak kanak yang menangis di dalam feri.

Ramai yang menganggap pasangan tersebut laparkan perhatian dan mengingatkan mereka untuk membeli sahaja tiket feri peribadi jika tidak mahu bercampur dengan pelbagai ragam manusia.

Tak dapat terima pandangan netizen tentang reaksi ke atas kanak kanak menangis dalam feri

Dia tidak dapat menerima pendapat yang menyatakan: ‘Biasalah budak budak, mana nak faham.”

1

Kerana menurutnya, mentaliti seperti itulah punca kenapa ramai kanak kanak yang tidak berdisiplin sehingga merobohkan pelamin orang lain – merujuk kepada insiden viral beberapa minggu lalu.

“Sampai bila kita nak guna alasan itu [biasalah budak budak],” tegasnya dalam nada sinis.

Dia kemudian berkata: “Takkan sebab anak kau seorang meragam, habis satu kapal kena melayan.

@aeryllfamee

Replying to @⋆˚ 𝓷𝓲𝓪𝓪𝓪𝓪 ˖°

♬ original sound – Aeryll – Aeryll

Seterusnya dia menceritakan bagaimana ibunya tegas mendidik dia adik beradik ketika mereka masih kecil. Mereka sentiasa diingatkan agar tidak ‘buat perangai’ ketika berada di luar, atau akan menerima hukuman, terutamanya dia yang paling degil.

“Aku dibesarkan oleh ibu yang tegas, kenapa perlu bezakan cara didikan orang dahulu dengan sekarang? Kalau benda baik, kita ikut sahajalah,” tambahnya lagi.

Dia menasihati semua ibu bapa di luar sana agar jadi ibu bapa yang berpendidikan dan tegas.

Di ruangan komen netizen masih tidak dapat menerima kenyataan lelaki tersebut.

Dean berkata: “Tips parenting daripada orang yang tak ada anak?”

Lelaki Bengang Kanak Kanak Menangis Dalam Feri Kecam Balik Netizen

Nas berkata: “Serius bro. Dulu aku macam ko. Sebijik macam kau. Sekarang aku dah ada anak. Kau cubalah ada anak dulu. Goodluck lepas itu. Anak nak meragam ni macam timebomb. Kau siap sedialah dengan segala bala benda yang kau dah sebut tu.”

Netizen lain pula meminta lelaki tersebut bertolak ansur sahaja dengan ibu bapa kanak kanak tersebut.

Netizen itu berkata: “Kebiasaannya kanak-kanak yang kurang berpengalaman menaiki feri/bot/kapal terbang akan mengalami tantrum yang merupakan reaksi sekunder akibat konflik antara

“Maklumat visual dan maklumat dari sistem vestibular (bahagian telinga dalam). Mereka akan berasa tidak selesa, loya dan pening. Sebahagian kanak–kanak tidak tahu cara untuk luahkan apa yang mereka rasa

“Mungkin mereka belum boleh bercakap dan mengadu. Kanak-kanak akan mula biasakan diri dengan keadaan ini jika dan mengalami situasi tersebut beberapa kali, itu pun bergantung kepada tubuh badan mereka.

“Jadi, saranan saya kepada bro dan semua, maafkanlah ibubapa yang ada anak tantrum. Ibubapa yang ada anak tantrum ni sebenarnya mereka sangat struggle, penat dan lelah. Percayalah, takde ibubapa yang suka ada anak tantrum.”

Lelaki Bengang Kanak Kanak Menangis Dalam Feri Kecam Balik Netizen