Baru-baru ini tular berita sejumlah besar pelajar yang memutuskan untuk tidak hadir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana mahu memilih shortcut mencari pekerjaan di Singapura untuk mendapatkan gaji yang lumayan.

Bagaimanapun realitinya sangat berbeza daripada apa yang kebanyakkan remaja pada hari ini bayangkan.

Baca Juga:

Dalam satu temu bual Berita Harian dengan seorang warga Malaysia yang bekerja di Singapura, kebanyakkan syarikat di negera jiran mengambil pekerja yang mempunyai kelulusan minima SPM atau setaraf.

Tambahnya lagi, ada majoriti pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura mempunyai kelulusan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

“Sangat memalukan dan saya sebagai rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura menganggap tindakan itu adalah tindakan yang tidak bijak dan tidak berfikiran jauh.

“Peluang untuk kerja lebih cerah jika memiliki SPM, malah peluang kenaikkan pangkat juga diutamakan kepada pekerja yang memiliki pelajaran.

“Hampir keseluruhan syarikat di Singapura menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan yang utama. Jika tidak belajar dan tiada kelulusan, bagaimana mahu bekerja di negara berstatus maju.

“Untuk permohonan permit kerja pula kebanyakan syarikat akan mengambil pekerja memiliki SPM dan ke atas kerana bayaran ‘Foreign Work Levy’ (FWL) lebih murah berbanding pekerja yang tidak mempunyai SPM,” katanya yang bekerja di sebuah syarikat pengeluaran minuman terkemuka di Singapura.

Memetik temu bual itu lagi, difahamkan pemuda itu memohon pekerjaan di negara jiran dengan kelulusan SPM dan sudah berkhidmat sejak tahun 2015 lalu.

“Saya menasihati generasi muda lebih mengutamakan pelajaran dan berpandangan jauh supaya tidak menyesal di kemudian hari. Sebaiknya fokus kepada pelajaran dan menghabiskan SPM atau setaraf sekurang-kurangnya.

“Ini kerana, di Singapura peluang kerja untuk yang memiliki SPM adalah lebih cerah. Tidak semua syarikat di Singapura mengambil pekerja yang tiada SPM,” pesannya kepada bakal ambil SPM.

Terdahulu, Seramai lebih 8,000 calon SPM Tahun 2024 dilaporkan tidak hadir bagi semua kertas peperiksaan bertulis setakat 6 Februari lepas mengikut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Seramai 6,231 calon dari jumlah di atas adalah dari sekolah dibawah kelolaan KPM.

Sumber