Sebelum ini, seorang pengguna TikTok dari Malaysia menggemparkan pengguna media sosial apabila dia berkongsi perkembangannya pergi ke Singapura untuk menjual buah pinggang demi kelangsungan hidup.
Berdasarkan video terkini yang dimuat naik oleh lelaki berkenaan, beliau berkata beliau tidak menyangka video berkenaan tular dengan hebat di media sosial sehingga isu itu dipetik di parlimen.
Baca Juga:
- Demi Kelangsungan Hidup, Lelaki Malaysia Ini Cuba Jual Buah Pinggang Di Singapura
- Bazar Ramadan Di Singapura Jual Daging Babi Sebagai Juadah Berbuka Puasa
- Putera Harry Percaya Dia Dilahirkan Untuk Jadi ‘Spare Part’ Organ Kepada Putera William
Menurutnya, tujuan utama beliau membuat video itu adalah kerana ‘terdesak’ hendakkan wang kerana mahu melangsaikan hutang.
“Jadi, saya buat jalan pintas untuk buat video bertanya siapa mahu beli buah pinggang dan kebetulan video tersebut FYP (For your page di TikTok). 3 hari selepas saya buat video itu, saya dapat panggilan untuk interview kerja di Singapura. Jadi saya gunakan rakaman saya di Singapura untuk mendapatkan lagi viewers supaya affiliate yang saya buat akan dapat membantu saya.
“Tetapi affiliate saya itu tak pergi mana pun. Justeru itu, saya mohon maaf kepada kepada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Singapura kerana menggunakan footage mengatakan ada penjualan organ di sana (Singapura) kerana sebenarnya ia tidak berlaku pun,” terang lelaki tersebut.
Beliau mengakui walaupun hidupnya terdesak, beliau tidak sampai ke tahap mahu menjual buah pinggangnya. Beliau juga turut meninggalkan pesanan sekiranya masih kuat, perlu sentiasa berdoa dan berusaha kerana Tuhan akan mudahkan urusan kita.
Hello. Nephrologist here. It's illegal to sell your kidneys here and there is absolutely no way to do it.
Maybe certain PN state governments could consider not sponsoring kidney transplants for their politicians in private hospitals if they are serious in helping rakyat susah. pic.twitter.com/1r9AOb4ZeG
— Tired & Sakit 🇲🇾 (@tulunsokit) April 4, 2023
Isu ini yang tular di media sosial turut mendapat perhatian ahli parlimen Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal di mana beliau berkata rakyat kini sedang ‘susah dan resah’ sehingga ada yang ada jual buah pinggang, merujuk kepada video asal lelaki ini.
Berdasarkan undang-undang di Singapura, jual beli organ adalah tidak sah. Menurut statistik, lebih 500 pesakit menantikan pembedahan pemindahan organ di Singapura setiap tahun.