Lelaki Malaysia berada di kedudukan top 10 dalam senarai perokok tegar di dunia ketika ini.
Menurut statistik yang dikongsikan oleh The Spectator Index, lelaki Malaysia berada di kedudukan ke-9 dimana seramai 42.7% lelaki di negara ini menghisap rokok.
Baca Juga:
- Jemaah Haji Indonesia Jadi Punca Panik Di Mekah, Merokok Dalam Bilik Hotel Sampai Alarm Kebakaran Berbunyi
- Sorok Dalam ‘Kapcai’, ICA Patahkan Cubaan Seludup Rokok Dari Malaysia
- Empat Kali Paru-Paru Ditebuk, Wanita Merana Ekoran Terhidu Asap Rokok
Lelaki Malaysia Berada Dalam Top 10
Share of men who smoke cigarettes.
🇮🇩 Indonesia: 70.5%
🇲🇲 Myanmar: 70.2%
🇧🇩 Bangladesh: 60.6%
🇨🇱 Chile: 49.2%
🇨🇳 China: 47.7%
🇿🇦 South Africa: 46.8%
🇬🇷 Greece: 45.3%
🇱🇰 Sri Lanka: 43.2%
🇲🇾 Malaysia: 42.7%
🇹🇠Thailand: 42.5%
🇪🇬 Egypt: 42.3%
🇰🇿 Kazakhstan: 42.2%
🇮🇳 India: 42%
🇵ðŸ‡â€¦— The Spectator Index (@spectatorindex) June 11, 2025
Dalam senarai di atas, lelaki Indonesia mengungguli carta dimana seramai 70.5% lelaki negara itu merupakan perokok.
Selain Malaysia dan Indonesia, kaum lelaki dari dua lagi negara Asean iaitu Myanmar dan Thailand turut berada dalam senarai tersebut.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tembakau membunuh lebih daripada 8 juta orang setiap tahun, termasuk perokok dan bukan perokok yang mengalami 2nd hand smoke.

Pusat Kawalan Penyakit menegaskan bahawa tembakau adalah punca utama penyakit yang boleh dicegah, hilang upaya dan kematian di dunia.
Penggunaan tembakau meningkatkan kemungkinan mendapat kanser paru-paru, kanser mulut, penyakit jantung dan pembekuan darah.

Penggunaan tembakau juga meningkatkan risiko serangan jantung dan strok dan membawa kepada kerosakan gigi dan gusi serta kulit berkedut.