Tragedi mengerikan melanda lapangan terbang Chabahar Konarak apabila seorang mekanik maut selepas ‘disedut’ ke dalam enjin pesawat Boeing 737-500 milik Varesh Airline, lapor Times Of India.
Ketika kejadian, mangsa yang merupakan seorang mekanik berpengalaman sedang menjalankan penyelenggaraan rutin pada pesawat tersebut.
Dalam insiden tragis ini, laporan dari Bild menyatakan bahawa enjin pesawat dihidupkan dengan penutup terbuka untuk ujian, apabila mangsa kembali ke kawasan keselamatan bagi mengambil peralatannya yang tertinggal.
Semasa kembali, mekanik itu tidak dapat menahan tarikan kuat turbin enjin yang sedang beroperasi, menyebabkan dia disedut ke dalam enjin tersebut.
Tragedi ini disusuli dengan kebakaran yang menyebabkan kecederaan parah dan akhirnya mengorbankan nyawa mangsa.
Pasukan bomba lapangan terbang bergegas ke tempat kejadian dan menemukan mayat mekanik tersebut dalam keadaan yang menyayat hati.
Kejadian ini telah mencetuskan siasatan oleh pihak berkuasa penerbangan Iran untuk mengenal pasti punca sebenar kemalangan dan memastikan insiden sebegini tidak berulang.