Lelaki New Zealand bangkit memperjuangkan sifat kelakian sebenar dalam diri seorang lelaki.

Mereka mengadakan satu perhimpunan Man Up dengan mesej yang kuat.

Lelaki New Zealand anjur perhimpunan aman

Perhimpunan lelaki sejati telah diadakan di New Zealand sebagai respon kepada perhimpunan pelangi yang diadakan di tempat tersebut pada waktu.

Pelangi

Mereka telah memintas perhimpunan pelangi yang diadakan di tempat yang sama. Pemuda daripada Gereja Destiny adalah mereka yang bertanggungjawab menganjurkan perhimpunan tersebut.

Mereka menentang orientasi manusia songsang yang dianggap bertentangan ajaran agama dan merosakkan sosial masyarakat.

Dikatakan lelaki lelaki New Zealand itu juga mahukan hak berhimpun yang sama rata pula selepas ini.

Mereka mengajak semua yang masih menjadi lelaki sejati yang orientasi seksual tertarik kepada wanita untuk hadir memeriahkan perhimpunan tersebut.

Lelaki New Zealand tersebut turut membuat tarian Haka yang merupakan tarian perang ikonik untuk negara tersebut.

Chris menulis di X: “Pemuda di New Zealand dan menyampah dengan perhimpunan pelangi.”

Mereka menggelarkan perhimpunan itu sebagai perhimpunan lelaki bangkit atau Man Up.

Lelaki new zealand

Sejak akhir akhir ini terlalu banyak acara dan perhimpunan pelangi dibuat di seluruh dunia. Ini termasuk dalam beberapa acara sukan utama.

Perjuangan golongan pelangi adalah untuk memperjuangkan kebebasan termasuk menyokong hubungan sejenis dan kebebasan jantina.

Menggunakan slogan: “Berdiri tinggi. Ayah bangkit untuk menyelamatkan anak – anak kita.”

Netizen menyokong perhimpunan ini: “Amerika Syarikat perlukan perhimpunan ini.”

Yang lain menulis: “Kamu semua adalah wira yang tak didendang.”

Yang ketiga menulis: “Suka melihat lelaki dengan t shirt seperti itu, dengan menarikan tarian perang. Apa yang mereka buat ini masuk akal, kerana mereka bertarung demi keluarga mereka.”

Tidak kurang juga yang meminta agar perhimpuan tersebut akan diteruskan di masa akan datang dan mahu membeli baju t yang dipakai mereka sebagai sokongan kepada perhimpunan tersebut.

Dan seperti biasa, tindakan tersebut turut mendapat kecaman.

Datuk Bandar Wayne Brown berkata tindakan lelaki New Zealand dan juga anggota Gereja Destiny itu dianggap tidak boleh diterima dan tidak menghormati kebebasan bersauara.