Seorang lelaki sengaja sentuh bahagian sensitif wanita di tempat awam dan terbuka.

Dan lelaki berusia 41 tahun ditahan dan  disiasat atas kesalahan mencabul. 

Sebelum ini tulars video perbuatan tidak bermoral seorang lelaki. Di mana lelaki kelihatan dengan sengaja melanggar atau membuat sentuhan dengan wanita di sekitar bazaar di Temerloh.

Tindakan lelaki itu benar benar membuatkan ramai yang marah dan mahu dia disiasat segera.

lelaki sengaja

Polis sudah menahan suspek

Menurut laporan Malaysia Gazzette, lelaki tersebut sudah pun ditahan. Ini selepas 3 orang wanita membuat laporan polis tentang suspek.

3 orang mangsa membuat laporan polis berusia sekitar 23 sehingga 27 tahun. Laporan polis dibuat pada 10 Mac lalu.

gari

Lelaki sengaja ambil kesempatan

Menurut Ketua Polis Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan, suspek sengaja bertindak melanggar badan mangsa sebelum menyentuh bahagian sensitif wanita yang menjadi mangsanya.

Polis Temerloh juga mengesahkan suspek memiliki 5 rekod lampau berkaitan kes jenayah dan barang terlarang.

suspek

Lebih mengejutkan suspek mengakui melakukan perbuatan terssebut kerana sudah lama tidak melakukan hubungan kelamin dengan wanita kerana dia mengidap HIV sejak 13 tahun lalu – menurut laporan Malaysia Gazzette.

Oleh sebab itu dia menjadikan wanita wanita lebih muda di kawasan awam, dijadikan mangsa perbuatan tidak bermoralnya.

”Suspek menyatakan perlakuannya bertindak mencabul mangsa adalah kerana sudah lama tidak bersama wanita disebabkan dia menghidap HIV Positif sejak 13 tahun yang lalu,” tegas Mazlan Hassan dalam kenyataanya.

Dalam pada itu netizen mengingatkan wanita di luar sana agar berhati hati dengan penjenayah seksual seperti lelaki sengaja mengambil kesempatan ke atas mereka.

Mereka memuji tindakan mangsa yang terus membuat laporan polis apabila berlaku sentuhan tidak selamat ke atas mereka.

Suspek telah direman bermula hari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Buat masa ini, kes ini masih lagi dalam siasatan – menurut laporan sumber yang sama.