Pihak polis sedang giat memburu seorang lelaki tempatan yang melepaskan 8 das tembakan di salah satu pusat beli belah di Setia Alam baru-baru ini.
Kejadian yang berlaku di Setia Alam City Mall itu menyebabkan mangsa iaitu seorang lelaki tercedera akibat terkena tembakan di kaki dan telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
Baca Juga:
- ‘Hacktivist’ Indonesia Buat Serangan Balas Ekoran Insiden Tembakan Maritim
- ‘Pandai Dia Berlakon’ – Kumpulan Anti-Trump Dakwa Kejadian Tembakan Hanyalah Rekaan
- Kes Tembakan KLIA: Malaysia Airports Sumbang RM1,000 Hargai Keberanian Mohammad Shafiq
On 8/2/25 around 9.50pm ish, I made my way to LG dkt Setia City Mall. Before, I proceed to go forward, I was informed by one of the workers not to go there sbb ada part timer kena tembak. All of sudden, I dengar ada lagi bunyi tembakan dekat LG. pic.twitter.com/HnCtpUefUR
— AkiraKamikaze (@NamiLeinad) February 8, 2025
Dalam video yang tular di laman media sosial, kelihatan pengunjung berlari dalam keadaan ketakutan, sementara ada pekerja yang segera menutup kedai mereka.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata suspek dipercayai melarikan diri dengan menggunakan kenderaan yang diambil secara paksa.
“Suspek telah meninggalkan pusat beli belah itu, dan kita ada maklumat dia berada di luar kawasan tersebut. Jadi pusat beli belah itu buat masa ini selamat dan kita release untuk dibuka semula seperti biasa dalam masa terdekat.
“Suspek itu kita percaya seorang warga tempatan, cuba melarikan diri dari mall itu dengan menaiki satu kereta yang ditumpang (dinaiki) secara paksaan. Individu (pemilik kenderaan) tersebut dah buat laporan polis baru-baru ini dan kita percaya dia (suspek) masih cuba melarikan diri.
“Maksudnya (suspek) tak ada kenderaan sendiri, saya mohon orang awam yang ada maklumat atau mencurigai seorang lelaki untuk hubungi pihak polis dengan segera,” katanya,” katanya.
Pada April tahun lalu, negara dikejutkan dengan insiden tembakan yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Seorang suspek iaitu Hafizul Hawari, 38, ditahan di hadapan Hospital Pakar Perdana iaitu beberapa meter dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan jam 3 petang.
Menurut sumber kepada Harian Metro, suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan.
Terdahulu, suspek didakwa cuba menembak seorang wanita, iaitu isterinya. Bagaimanapun tembakan tersasar mengenai pengawal peribadi wanita tersebut.
Difahamkan pengawal peribadi itu tidak sepatutnya bertugas semasa kejadian. Namun dia terpaksa menggantikan rakan sekerjanya yang bercuti hari raya.