Perkembangan teknologi dunia semakin pesat setiap hari. Warren Buffet pernah mengeluarkan kenyataan di dalam sebuah temuramah beliau bersama media yang menyatakan Teknologi merupakan sektor yang bergerak pantas dan dinamik.

Disebabkan itulah ramai billionaire dan syarikat besar sudahpun beralih arah ke pada penggunaan Artificial Intelligence (AI) atau dalam bahasa Melayunya, kecerdasan buatan.

ai china

Menurut laporan dari McKinsey sebuah firma perundingan, teknologi AI bakal bernilai $13 trillion pada tahun 2030. Manakala laporan dari Boston Consulting Group pula menyebut penggunaan AI dalam industry membolehkan produktiviti sebanyak 20% dan pengurangan kos setinggi 70%.

Bayangkan beberapa tahun lepas dalam bidang kewangan, kita perlu menelefon broker saham untuk jual beli saham kemudian kini boleh menekan sahaja secara atas talian dan pada masa akan datang kita pasti akan menggunakan robo advisor atau algorithm yang dibina menggunakan AI. Buat anda yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai robo advisor anda boleh membacanya di laman InvestorMY dengan klik disini.

across industry

Menurut beberapa tokoh dunia, sesiapa yang menguasai AI akan menguasai dunia. Pada ketika ini, tampak jelas China bersungguh-sungguh mendominasi bidang ini sehingga sukatan pelajaran Artificial Intelligence diajarkan di sekolah sekolah terpilih.

Jika Amerika Syarikat, mereka mempunyai F.A.N.G singkatan kepada syarikat besar iaitu Facebook, Amazon, Netflix, Google tetapi China mempunyai BAT, singkatan kepada Baidu, Alibaba dan Tencent. Dibawah presiden China, Xi JinPing ingin menjadi sebuah pusat innovasi menjelang 2030.

Kita imbau kembali tahun 2017, dimana berlaku perdebatan hangat antara 2 orang billionaire terkemuka dunia iaitu Mark Zukerberg dengan Elon Musk mengenai AI. Elon Musk berpendapat, AI bakal mengambilalih tugas manusia dan bakal mengancam pasaran kerja untuk manusia. Manakala Mark Zukerberg pula tegas dengan prinsip beliau bahawasanya AI boleh menjadikan dunia menjadi tempat yang lebih baik.

Hari ini pasti kita sudah kagum dengan sistem cashless atau tanpa wang kertas di China atau mungkin penggunaan robot di gudang Amazon, ramai di kalangan kita yang tidak tahu China kini mengadaptasi AI sebagai ganti untuk pembaca berita dan banyak lagi perkara yang ‘gila’ sudah pun dilakukan di China.

Lebih menggusarkan lagi dikatakan atas niat politik, China ingin membina ‘centralized database’ yang akan menentukan sama ada individu tersebut adalah musuh atau ancaman kepada sistem politik di China.

George Soros dalam World Economic Forum telah mengeluarkan kenyataan provokatif terhadap China. Kata beliau,” Dominasi China terhadap Artificial Intelligence akan menjadi ancaman besar buat manusia.berikutan itu Presiden Xi JinPing merupakan musuh utama Open Society.” Hal ini berikutan China dilihat sangat pantas dalam bidang tersebut dan pada masa yang sama persaingan China yang sengit adalah negara Amerika Syarikat itu sendiri.

Seterusnya, Soros menyeru kepada masyarakat untuk berjaga jaga dengan perkara ini seolah-olah Presiden Xi JinPing kini ingin mengawal rakyatnya menggunakan teknologi secara menyeluruh.

Seperti yang diketahui umum umum, George Soros merupakan pemilik Quantum Fund iaitu penaung Open Society dan juga pengurus dana yang bijak hingga mendapat gelaran “The Man Who Broke Bank of England” atas spekulasi beliau short matawang pound pada tahun 1992 mengakibatkan Black Wednesday.

Walaupun George Soros sendiri pernah mengakibatkan ‘financial crisis’ namun apa yang diutarakan oleh beliau mungkin ada kebenarannya. Apa pun yang berlaku, kita harus bersedia dari sekarang kerana pastinya semua industry kini dalam fasa persediaan untuk beralih kepada automation.