Liga Australia benarkan pemain buka puasa di atas padang seperti musim sebelum ini. Kenyataan rasmi tentang perkara telah dikeluarkan menjelang puasa.
Ianya berbeza dengan apa yang dilakukan Liga Perancis musim lalu di mana liga itu melarang sama sekali pemain berbuka puasa atas padang yang dianggap mencampur adukkann urusan agama dengan bola sepak.
Liga-A atau Liga Australia musim ini sekali lagi akan membenarkan pemain berbuka puasa 90 saat dalam permainan untuk pemain beragama Islam berbuka puasa pada bulan Ramadan jika perlawanan petang dimainkan pada waktu matahari terbenam.
Jadi prosedur itu bukan perkara yang baharu untuk dilaksanakan di Liga A. Dan pengadil serta pegawai perlawanan pun sudah ada pengalaman mengendalikannya.
Liga Australia wartakan prosedur buka puasa untuk pemain
Menurut Liga Ausrtralia, ianya penting untuk membolehkan seorang pemain beragama Islam berbuka puasa selepas yang seharian tidak makan atau minum dari subuh hingga matahari terbenam.
Lagipun rata rata pemain beragama Islam sebelum ini menyatakan bahawa tempoh 90 saat itu benar benar cukup untuk mereka berbuka puasa dengan juadah ringan.
Pemain biasanya memilih kurma atau buah pisang serta air kosong untuk berbuka puasa di atas padang.
Penting untuk pemain muslim
Pemain antarabangsa Maghribi bawah 23 tahun Sydney FC, Anas Ouahim berkata inisiatif itu, yang diperkenalkan oleh Liga-A musim lalu, sangat penting kepada pemain Islam.
“Ia sememangnya mencabar. Sesetengah pekerjaan lebih mencabar dari segi fizikal berbanding yang lain, dan sebagai pemain bola sepak, anda memerlukan makanan dan air untuk melakukan yang terbaik,” kata pemain tengah itu dalam siaran media Liga-A.
“Apabila anda tidak minum atau makan sekian lama, berbuka puasa tepat pada masanya adalah penting — ia membantu anda menghidrat, mungkin makan sedikit kurma atau makanan yang kecil untuk mendapatkan semula tenaga.”
Liga Australia jangka buka puasa pertama di atas padang minggu ini
Dengan Ramadan telah bermula di Australia pada malam Khamis, Ouahim akan dapat memanfaatkan masa rehat 90 saat itu apabila bola tidak dapat dimainkan selepas matahari terbenam jika dia dipilih bermain untuk perlawanan Sydney FC menentang Macarthur pada hari Sabtu – menurut Reuters.
“Terutama untuk atlet profesional, mempunyai peluang berbuka puasa adalah benar-benar bermanfaat,” tambah bekas pemain FC Koln kelahiran Jerman itu.
“Ia membolehkan saya mengamalkan suruhan agama saya semasa masih bermain sukan yang saya suka, dan saya telah menemui keseimbangan dalam kehidupan saya,” tutupnya.