LIHAT APA YANG SAYA DAN ANDA ADA
Mungkin pada pandangan dan perasaan anda bahawa hidup ini tidak adil pada kita.
Malah kita rasa kecewa dan marah apabila ditimpa kesusahan hidup.
Kita mempersoalkan mengapa ini semua harus terjadi.
Kita melihat kehidupan orang lain dan berasa cemburu dengan mereka.
Mengapa hidup kita tidak seperti hidup mereka?
Mungkin itulah antara persoalan yang bermain di minda kita.
Tahukah kita, sesungguhnya:
# Sesusah-susah hidup kita, pasti akan ada orang yang lebih susah.
# Seberat-berat masalah kita, pasti akan ada orang yang lebih berat masalahnya.
# Sedikit-sedikit wang kita, pasti akan ada orang yang langsung tidak berwang.
Mungkin kita tidak menyedari bahawa akan ada orang lain turut cemburu melihat apa yang kita ada.
Kita tidak nampak apa yang kita ada kerana sibuk melihat apa yang ada pada orang lain.
Sehingga mungkin ada di antara nikmat dan anugerah itu diabaikan oleh kita, seperti:
# Urusan beragama
# Hubungan kekeluargaan
# Taraf kesihatan yang baik
# Memiliki kerjaya dan berwang
Maka, buka minda dan lafazkan rasa syukur dengan segala nikmat yang kita ada kini.
Hargailah sementara nikmat-nikmat itu masih ada di sekeliling kita.
Kerana semua nikmat dan anugerah itu hanyalah pinjaman semata-mata dari Pemberinya.
Like The Vocket di Facebook