Jika anda pernah berkunjung di sekitar Putrajaya, sepsifiknya di kawasan Presint 2 pastinya anda pernah melihat sebuah bangunan unik yang berbentuk seperti berlian. Pasti anda menjangkakan bangunan dengan reka bentuk unik tersebut memakan sejumlah besar untuk pembiayaan utiliti bulanan.
Tetapi sebenarnya bangunan unik ini mempunyai ciri jimat tenaga yang amat memberansangkan. Baru-baru ini seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai saudara Hadzrin Aqmal sempat berkongdi mengenai ciri-ciri jimat tenaga di bangunan tersebut.
Tweet yang dikongsikan dimulakan dengan rekaan bangunan tersebut yang menggunakan kaca sepenuhnya dan bagaimana rekaan ini boleh membantu penjimataan elektrik.
1. Mostly bangunan ni dibina dengan fully kaca / cermin kiri kanan dan bahagian atas dia macam ada satu dome. Dome kaca yang memboleh cahaya tembus masuk dari atas sampai ke bawah bangunan. Masa aku masuk dulu aku pun pelik kenapa bangunan ni tak bukak lampu ke? Gelap semacam ja pic.twitter.com/slDC0rEW5V
— jerin (@hadzrinaqmal) September 27, 2018
then aku realised yang lampu akan menyala automatik bila tahap cahaya makin menurun / mendung atau nak hujan. So lampu akan terbuka secara sendiri. Kalau waktu normal tu tak gelap ke? Nope cermin ada kiri kanan so setakat nak buat kerja tu boleh lah. Buat kerja ke ? haha
— jerin (@hadzrinaqmal) September 27, 2018
Ini la yang aku cakap cahaya boleh tembus menerusi kiri kanan tingkap. Penggunaan elektrik dapat dijimatkan bila ada cahaya secara natural masuk. pic.twitter.com/3cijBJhJ7I
— jerin (@hadzrinaqmal) September 27, 2018
Lebih menarik lagi, terdapat panel solar di atas bumbung bangunan ini untuk menjana elektrik sekaligus dapat menjimatkan penggunaan elektrik berbanding bangunan lain.
5. Dekat atas bumbung bangunan ni, ada solar panel untuk generate electricity. Generation ni dapat jimatkan electricity usage hampir 40% berbanding dengan bangunan konvensional yang sama ciri ciri dia. pic.twitter.com/PRbaGgNfVQ
— jerin (@hadzrinaqmal) September 27, 2018
Bagaimana pula dengan penggunaan penghawa dingin di ibu pejabat ini? Difahamkan penghawa dingin di pejabat ini menggunakan sistem penghawa dingin berpusat. Bukan itu sahaja, terdapat satu sistem istimewa yang menggunakan sistem tiub air yang didinginkan dan akan mengalir ke seluruh bangunan. Bijak bukan? Sistem ini juga boleh membantu mengurangkan heat loss.
Tweet diteruskan lagi dengan penerangan penjimatan dan penggunaan semula air yang dari sinki tandas. Bangunan ini turut menggunakan sistem tadahan air yang dipasang di bumbung bangunan. Sistem ini dikatakan mampu untuk menjimatkan sehingga 80% penggunaan air.
Jadi tidak hairanlah jika bangunan ini pernah diberi penghargaan Asian Energy Award dan Anugerah Platinum dari Index Bangunan Hijau Malaysia (GBI). Untuk keterangan lanjut mengenai bangunan ini, anda boleh layari laman web Suruhanjaya Tenaga.