Nampaknya keluaran pertama untuk kolaborasi adidas x Dragonball dijangka tiba pada bulan ini. Hal ini demikian kerana baru-baru ini tertiris rekaan kotak kasut model Yung 1 dan ZX 500 adidas untuk kolaborasi istimewa ini.

Kedua-dua kotak kasut ditampilkan warna hitam dan pada hadapan kotak ini menampilkan logo cerita anime DragonBall Z terkenal ini bersama dengan tulisan adidas Originals. Seterusnya pada bahagian sisi akan menampilkan gambar watak menjadi pilihan penunjuk model yang dijadikan sebagai kolaborasi.

Buat masa sekarang pihak adidas masih belum mengumumkan lagi tarikh untuk keluaran dua model ini. Walaubagaimanapun kasut kolaborasi ini dijangka dijual dengan harga $150 (RM 612+-) sepasang.

adidas-dragon-ball-z-packaging-design-goku-frieza-cell-002