Bermula dengan penipuan menerusi panggilan telefon sehinggalah pada hari ini di mana kita boleh lihat dengan bantuan teknologi semakin canggih telah memudahkan scammer mencuri butiran peribadi milik mangsanya.
Akan tetapi, sebijak mana pun scammer menipu mangsanya, rata-rata mereka pastinya kini tidak mampu untuk melawan kelicikan hacker di luar sana yang pintar menggodam segala akses teknologi sekaligus mendedahkan identiti sebenar scammer.
Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik oleh seorang hacker juga YouTuber yang dikenali sebagai Scambaiter telah mendedahkan aktiviti sebuah syarikat scammer di India yang menyamar sebagai wakil syarikat beli-belah dalam talian terkenal iaitu Amazon untuk menipu dan mencuri wang milik mangsanya.
Difahamkan, scammer ini akan menghantar e-mel palsu kepada mangsanya dengan menggunakan nama syarikat Amazon. E-mel tersebut ditulis sebagai bukti konon-kononnya mangsa telah berjaya membuat bayaran atau pesanan sesuatu barang di Amazon.
Tetapi sekiranya mangsa tidak melakukan sebarang pembelian, mangsa diminta untuk menelefon nombor khidmat bantuan Amazon yang disertakan bersama e-mel tersebut. Sebenarnya, nombor tersebut merupakan milik scammer berkenaan.
Apabila mangsa telah menelefon mereka, scammer akan meminta mangsa untuk memasukkan nombor telefon berserta kod pengesahan kononnya untuk membatalkan urusan pembelian di Amazon. Sebenarnya melalui urusan itu, scammer telah berjaya menggodam akaun Amazon milik mangsa.
Segala transaksi wang bagi pembelian barang di Amazon akan dipindahkan terus ke dalam akaun bank scammer. Liciknya, resit pembelian persis resit Amazon akan dihantar kepada e-mel mangsanya sebagai bukti pembelian yang sah.
Berikutan itu, hacker Scambaiter yang sering menghasilkan konten video berkaitan pembenterasan operasi jenayah scammer terpanggil untuk menggodam komputer dan mendedahkan identiti sebenar scammer dari India tersebut.
Beliau telah menyamar sebagai seorang pengguna yang menghadapi masalah pembelian di Amazon lalu menghubungi scammer berkenaan untuk menyelesaikan masalahnya menerusi panggilan web-cam komputer.
Paparan video web-cam pada awalnya ditutup dan hanya perbualan suara antara hacker dan scammer sahaja yang kedengaran. Hacker memberikan segala butiran palsunya kepada scammer dan mereka mendapati berlaku masalah rangkaian internet lalu meminta hacker untuk memeriksa task manager dalam komputernya.
Dalam pada masa memeriksa task manager komputernya, hacker secara tiba-tiba mengaktifkan web cam tetapi bukan identiti hacker yang kelihatan sebaliknya paparan skrin komputernya bersertakan gambar identiti scammer yang dipancarkan.
Scammer tersebut terkejut setelah melihat gambarnya terpampang di skrin komputernya sendiri lantas segera menutup web-cam kerana sudah malu dan cemas setelah ditipu oleh hacker Scambaiter yang telah membongkarkan kegiatan jenayah scam mereka.
Bukan sekadar gambar, tetapi akses internet dan lokasi tepat di mana scammer ini berada juga didedahkan oleh Scambaiter. Segala gelagat lucu scammer dan perbincangan bersama rakan-rakannya selepas mereka kantoi turut dirakam.
Ini bukanlah scammer pertama dibongkarkan oleh Scambaiter. Untuk mahu melihat lebih lagi aksi hacker Scambaiter membanteras jenayah penipuan dalam talian, anda boleh berkunjung ke saluran YouTube Scambaiter.
Lelaki ini mendedahkan keadaan markas ‘scammer di Cyberjaya menerusi klik pada pautan di bawah ini.
Lelaki Ini Dedah Keadaan Markas ‘Scammer’ Di Cyberjaya Yang Busuk Dan Tidak Selesa
Lihat Bagaimana Scammer Menyamar Sebagai ‘Pilot’ Di Facebook Untuk Tipu Wanita Tempatan