Litar Antarabangsa Mandalika yang terletak di Lombok, Indonesia merupakan salah satu lokasi perlumbaan paling ikonik di rantau Asia Tenggara.

Dibuka secara rasmi pada tahun 2021, litar ini bukan sahaja dibina dengan spesifikasi bertaraf dunia. Lebih-lebih lagi ia dikelilingi keindahan semula jadi pantai dan perbukitan tropika yang memukau.

Baca Juga:

Reka bentuk trek sepanjang 4.3 kilometer ini menawarkan cabaran teknikal yang unik kepada para pelumba profesional.

Sejarah terbaharu Indonesia tercipa di Mandalika

Buat julung kalinya pada hujung minggu ini, litar tersebut mengadakan acara lumba jentera empat tayar buat kali pertama di situ.

Acara yang bermula dari 9 Mei hingga 11 Mei itu disertai 34 buah kereta, 68 pemandu dari seluruh dunia.

GT World Challenge Asia menjadi detik bersejarah di Litar Antarabangsa Mandalika sebagai perlumbaan GT pertama di Indonesia.

Ia juga menjadikannya antara grid terbesar dalam sejarah kejohanan tersebut.

Litar Antarabangsa Mandalika Cipta 'Sejarah Baharu' Indonesia Pada Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?
Sumber Gambar: Facebook GT World Challenge Asia
Litar Antarabangsa Mandalika Cipta 'Sejarah Baharu' Indonesia Pada Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?
Sumber Gambar: Facebook GT World Challenge Asia

Perlumbaan ini menyaksikan persaingan sengit antara pasukan dan jenama ternama seperti Mercedes-AMG, Ferrari, Porsche, Lamborghini dan BMW.

Pasukan tunggal dari Malaysia, Johor Motorsport Racing bersaing dengan menggunakan jentera terbaharu daripada Chevrolet Corvette.

Litar Antarabangsa Mandalika Cipta 'Sejarah Baharu' Indonesia Pada Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?
Sumber Gambar: Facebook GT World Challenge Asia

Acara ini dilihat sebagai simbol kebangkitan Indonesia di pentas antarabangsa dalam bidang sukan, infrastruktur dan penganjuran bertaraf global.

Untuk rekod, Litar Antarbangsa Mandalika akan menjadi tuan rumah bagi pusingan akhir GT World Challenge Asia untuk musim 2022 pada 21–23 Oktober 2022.

Namun, perlumbaan tersebut telah dibatalkan pada tahun 2022 kerana Litar Mandalika masih belum dihomologasi sebagai litar perlumbaan kereta oleh FIA.