Bencana banjir di Lembah Klang dan beberapa tempat kini dalam keadaan yang membimbangkan. Malah, rakyat ketika ini bersatu hati menghulurkan bantuan untuk mereka yang terjejas.

Terbaharu, sebuah video TikTok tular di media sosial memaparkan majlis persandingan pasangan pengantin di Meru, Klang terpaksa dibatalkan berikutan venue majlis itu dijadikan sebagai pusat penempatan mangsa banjir.

https://twitter.com/facktura/status/1472499537092612097

https://twitter.com/rynsuhaimi/status/1472488444995809284?t=yoL9Jb4dvfqs1L2QKvWHUw&s=19

Menarik perhatian netizen apabila pasangan pengantin dan keluarga sebulat suara memberikan makanan ketika majlis tersebut kepada para mangsa banjir yang berada di situ. Difahamkan, jemputan pengantin seramai seribu tetapi dikurangkan kepada 300 orang lalu disebabkan terkandas di situ maka makanan diagihkan kepada para mangsa.

Rata-rata netizen berasa terharu kerana pengantin tersebut sanggup berkongsi rezeki dengan para mangsa. Malah, para netizen turut mendoakan perkahwinan mereka diberkati dan berharap selepas bencana ini berakhir majlis persandingan mereka dapat dilaksanakan.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen juga berharap pasangan tersebut akan bahagia selalu dan memuji tindakan pasangan pengantin tersebut. Misi menyelamat kini masih giat dijalankan dan diharap bantuan akan segera sampai kepada mereka yang terperangkap.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan banjir pada pautan di bawah ini.

Terkesan Banjir Tetapi Sudah Beli Tiket Wayang, GSC Dan TGV Umum Sedia Tawarkan ‘Refund’

Terperangkap Dan Mahu Tingkatkan Capaian Bantuan, Netizen Lancarkan #DaruratBanjir Di Twitter

https://www.thevocket.com/ini-sebab-mengapa-anda-tidak-digalakkan-untuk-redah-air-banjir/?utm_source=oembed&utm_medium=web&utm_campaign=20211220