Seorang lelaki di laman media sosial membuat dakwaan yang dianggap ‘gila’ dimana beliau menyatakan sesiapa yang mendapat suntikan vaksin berpotensi untuk mendapat penyakit seperti HIV.

Lelaki yang menggunakan nama Mohamad Zolkefli di laman media sosial Facebook membuat dakwaan sedemikian dan menyeru rakyat lain agar mengambil tindakan terhadap Kementrian Kesihatan Malaysia (KKM).

Baca Juga:

Zolkefli Ajak Rakyat Malaysia Disuntik Vaksin Saman KKM

“Orang yang kena jangkitan HIV akibat vaksin, jom kita kumpul ramai-ramai saman KKM seorang RM5 Juta. Kita kumpul duit lantik peguam, kita ada banyak bukti,” tulisnya.

Ramai yang mempersoalkan mengapa lelaki itu mengeluarkan kenyataan yang dianggap tidak masuk akal ini dan mahu mengambil tindakan ke atas KKM.

Di ruangan komen, Zolkefli memberikan hujah mengapa beliau percaya suntikan vaksin boleh menyebabkan seseorang itu dijangkiti HIV.

Vaksin
Vaksin

Apa yang pasti, jangan kita menyebarkan atau membuat kenyataan mengenai satu perkara yang masih belum dipastikan tahap sahih atau belum terbukti menerusi kajian yang dijalankan oleh pakar.

Kenyataan seperti di atas boleh mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat selain menyebarkan berita atau maklumat yang tidak betul.