Sebelum ini, seorang exco negeri Terengganu telah dikecam hebat netizen apabila menuangkan air oren ke dalam pinggan yang mempunyai nasi, ikan rebus dan sayuran seolah-olah mempermainkan Menu Rahmah.
Terbaharu, exco tersebut kembali menjadi bualan ramai apabila video dia yang membuat kunjungan dan memberikan bantuan dari rumah ke rumah tular di media sosial.
Baca Juga:
- ‘Tak Ada Kuah, Kita Bubuh Air Oren’ – Tindakan Exco Persenda Menu Rahmah Undang Kemarahan Netizen
- Dakwa Rakyat Terengganu Makan Perlu Berkuah, Exco Ini Jelas Punca Tuang Air Oren Pada Nasi
Masa dia makan nasi campur air oren hari tu mesti korang semua rasa dia bodoh maksimum dah.
Kita silap, rupanya lebai PAS ni tak berhenti setakat itu. Dia terus bodoh malah menghina pula pengundi kawasan dia. pic.twitter.com/yXATtNZQ7S
— Laga Cawan 🌺 (@LagaCawan) March 26, 2023
Menerusi video tersebut, dapat dilihat dia memberikan bantuan barang basah berupa seekor ikan kepada penduduk kawasan sekitar tanpa sebarang bekas atau plastik.
Susulan itu, tindakan exco terbabit telah meraih perhatian orang ramai dan menerima kritikan hebat netizen. Segelintir netizen mengatakan tindakannya itu seolah-olah tidak sopan dan menghina penerima bantuan.
Ewww if I was under his constituent and he came holding a fish like that, I would put on a glove then take that fish and rub it on his face 🤢 https://t.co/CjqU3O95iQ
— Shuhaiba Siraj (@ShuhaibaSiraj) March 27, 2023
bro gave fish by hand like he can’t afford to buy a proper container to put it. so disrespectful. and look at how he treat the cat!!! 😾 https://t.co/SU2yPfZYs1
— Nad🇵🇸 (@noreennadia_) March 27, 2023
https://twitter.com/Azfarovski/status/1640131529744556037
Bukan itu sahaja, para netizen pun mempersoalkan tentang kebersihan kerana exco itu memberikan ikan tanpa bekas dan memegangnya dengan tangan sahaja. Malah, ada juga netizen berseloroh mengatakan cara exco tersebut beri bantuan seperti memberi kucing makan.