Bukan mudah mahu menghasilkan sesebuah karya seni kerana ia memerlukan kesabaran dan kreativiti yang tinggi. Bayangkan karya yang anda tatang seperti minyak yang penuh diperlakukan tidak sewajarnya oleh orang lain, pasti anda berasa kecewa.
Beberapa artis telah menzahirkan rasa kecewa apabila karya mereka di pameran Artisfair di pusat membeli belah Fahrenheit 88, Kuala Lumpur digantung seperti gantung jemuran kain di tepi balkoni setiap tingkat bangunan tersebut.
Sudah tiba masanya manusia sedar, sebenarnya kita boleh terbang. pic.twitter.com/725qahQ9F4
— aimmantheworld (@aimmanonline) November 11, 2021
Not performance art.. ๐ lol just took down my own work at an exhibition that just started..no you canโt be serious abt hanging those canvases like that.. ๐ญ๐ญ pic.twitter.com/DLldx4qsSJ
— Nawwar Shukriah Ali (@BonoStellar) November 11, 2021
Difahamkan, terdapat dua artis telah mengambil semula karya dari menyertai pameran tersebut selepas melihat cara penganjur menggantung karya seperti menjemur baju. Perkara tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen kritik tindakan penganjur yang dilihat tidak menghormati karya-karya itu.
Malah, para netizen juga berharap pengunjur dapat menyelesaikan perkara tersebut dan meletakkan karya-karya itu ditempat sewajarnya. Rata-rata netizen juga berpendapat bahawa bahaya menggantung karya tersebut seperti itu kerana jika jatuh boleh mencederakan orang di bawah.
gila macam mana I nak tengok and hadamkan each art kalau kena dongak sakit leher? Eye level where la? Main gantung seram aku kalau jatuh kena orang sia sia. https://t.co/iWzwlqo8QJ
— Taja Lee Kim (@maknae_taja) November 12, 2021
Was planning to go this weekend, wait how did they 'hang' them? Ikat tangsi? So dangerous for both artworks and visitors ๐ญ https://t.co/CfBfwWt8vu
— sarah.psd ๐ (@raraleong) November 12, 2021
Begitu benak dan angkuh, bijak pandai simpan dalam tempayan usang, ini pameran jemuran kain ke? Mana rasa empati dan tanda hormat kau terhadap artist. Kuih pun ada bekas dia nak simpan. Lain kali discuss dgn yg lebih pakar. #ArtfairKlCancel #NOartfairKl pic.twitter.com/jyT1ia5HPA
— Fujianggara (@YuneFuji) November 11, 2021
this baffles me so much. the treat valuable art like its some sort of baju jemuran and then you canโt even see the art upclose to see whoโs itโs from. who tf organized this https://t.co/hLEqwFgqNH
— ren ๐๐ (@unsatispie) November 12, 2021
In regards of the Art is fair issue with artworks hanging. I myself when I saw and heard about it was very disappointed. I had to go see and even had thoughts of taking down. Me and other artist had a serious conversation with all the organisers today. Thread* pic.twitter.com/AfhTQQTAxs
— arisgat (@theharisrashid) November 12, 2021
Terima kritikan hebat daripada artis dan juga netizen, penganjur telah pun menurunkan semua karya-karya pameran yang digantung di tepi balkoni. Difahamkan ada sekumpulan artis telah berjumpa dengan penganjur dan berbincang akan hal itu lalu penganjur pun bertindak pantas menurunkan karya-karya tersebut.
Sementara itu, ketahui cara Abdulrasheed harumkan nama negara menerusi seni grafiti. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.
Cara Abdulrashade Harumkan Nama Negara Menerusi Seni Grafiti
Kreatif Guna Daun Ukir Gambar Tun Mahathir, Hasil Karya Lelaki Ini Buat Netizen Kagum