Di Malaysia, kita mempunyai rangkaian restoran popular yang dikenali sebagai BananaBro, yang menyajikan hidangan nasi di atas daun pisang dengan berasaskan menu dari Selatan India.

Bagaimanapun, pasangan dari negara Barat berkongsi satu penemuan yang mengejutkan sewaktu bercuti di Indonesia, yang mana wujud restoran yang seakan sama seperti BananaBro di sana.

Di dalam video itu, mereka didapati sedang mengunjungi sebuah gedung pusat membeli-belah baharu, Bintaro Exchange Mall.

Kemudian, pasangan ini berkongsi reaksi muka yang terkejut apabila menemui sebuah restoran bernama Bungkus Bro sambil berkata ia terlalu mirip dengan restoran terkenal di Malaysia.

“Semua tengok apa yang kami jumpa di Jakarta, Bungkus Bro yang mana kelihatan agak mirip dengan BananaBro,” katanya dengan nada yang ingin tahu lebih lanjut.

Dalam pada itu, dia langsung memberi perbezaan antara kedua-dua rangkaian BananaBro dan Bungkus Bro adalah di Malaysia ia disajikan dengan juadah dari Selatan India sementara di Indonesia iaitu restoran Bungkus Bro membawakan sajian juadah dari warisan tradisional setempat seperti kari ayam, gulai hitam, bumbu rendang dan gulai padang.

Tetapa masih kelihatan persamaan yang ketara pada restoran Bungkus Bro, yang mana dipercayai diinspirasikan dari BananaBro di Malaysia.

Selain memiliki nama yang mirip, cara persembahan makanan juga tampil sama di mana meletakkan daun pisang serta mempunyai dekorasi restoran dengan sentuhan moden dan klasik seperti di Malaysia.

@ourjourneytosuccess

What do you think? Shall we try it? #indonesia #jakarta #family #british #musim #revert #malaysiatiktok

♬ original sound – Our Journey to Success

Video itu langsung menjadi perhatian di kalangan pengguna platform TikTok dan rata-rata netizen dari Malaysia turut tidak menyangka sudah ada restoran di Indonesia yang cuba mengambil idea yang serupa sebagai tarikan baru.

Ramai mengandaikan jika kalau nama itu terhasil daripada nama dua restoran terkemuka di Malaysia iaitu Bungkus Kaw-Kaw serta Banana Bros maka terjadinya nama Bungkus Bro itu.

Sementara ada yang merasa agak sedikit mengjengkelkan, sebahagian lain melihat ia sebagai asmilasi budaya di antara negara serantau.