Pada hari banyak tugasan hakiki dapat dipermudahkan dengan penggunaan teknologi AI.

Baru-baru ini SPARK, di bawah REV Media Group, sedang membawa pemasaran influencer ke tahap baharu dengan memperkenalkan dua influencer AI yang dikenali sebagai ‘Adam Spark’ dan ‘Liz Spark’.

Kedua-duanya itu boleh berhubung dengan orang ramai dengan cara yang menarik dan inovatif mengikut peredaran zaman.

Pada masa sama mereka dapat menawarkan jenama peluang baharu untuk menjangkau die hard fans.

Jom kenali mereka berdua yang mungkin sesuai untuk mengembangkan jenama anda ke peringkat yang lebih tinggi.

Adam Spark

Macam Orang 'Real', SPARK Perkenalkan Dua 'Influencer AI' Yang Menarik Perhatian

Adam Spark merupakan seorang pemuda berusia 25 tahun yang sangat menyukai teknologi terkini.

Mempunyai rupa yang tampan, beliau sedia membuat ulasan teknologi, memberikan tutorial, unboxing produk dan mengemaskini pelbagai berita teknologi terkini.

Jika terdapat gajet dan teknologi baharu, Adam pasti mengetahuinya terlebih dahulu daripada orang lain!

Liz Spark

Macam Orang 'Real', SPARK Perkenalkan Dua 'Influencer AI' Yang Menarik Perhatian

Sementara Liz Spark pula seorang gadis 22 tahun yang mempunyai campuran budaya Malaysia dan Inggeris.

Apakah minat yang beliau tekankan? Dengan rupa wajahnya yang cantik menawan, sudah pastilah kecantikan, kesihatan, fesyen, percutian dan personal growth.

Liz Spark akan menyampaikan jenis kandungan yang dirasakan tulen, segar dan boleh dikaitkan dengan dirinya, serta orang ramai.

Dalam pada itu, SPARK turut menawarkan satu program yang mengabungkan influencer dinamik yang dikenali sebagai SPARK Creators.

Program tersebut menawarkan pelbagai influencer, daripada mega dan makro seperti Nandini, Moses, BapaBros and Syafiq (Sonic Webs) sehinggalah bintang mikro dan nano yang semakin meningkat nama mereka seperti Adam Lobo, Zaidi Aziz, Amat Larbsib dan ramai lagi.

Mereka semua adalah sekumpulan individu berbakat yang pelbagai yang mewakili segala-galanya daripada gaya hidup dan kecantikan kepada teknologi dan perjalanan.

Dan yang paling menarik sekali? SPARK Creators beroperasi secara bukan eksklusif, membenarkan pengiklan mengakses kepada senarai KOL peringkat teratas yang semakin meningkat dari semua penjuru dunia kandungan digital hari ini.