Bagi mereka yang backpackers, kebiasaannya mereka mencari penginapan murah yang sesuai dengan bajet mereka terutama sekali mereka yang melancong secara solo.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @ianlim.xk telah berkongsi sebuah video penginapannya di tengah-tengah Kuala Lumpur yang merupakan sebuah dorm bajet berharga RM40 semalam.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

@ianlim.xk

How its like to stay in a shared dorm? #travel #KL #fypシ #strange #KLCC #vlog

♬ How`s Your Day – aAp Vision

Menerusi video tersebut, dapat dilihat tempat penginapan tersebut hanya menawarkan katil double decker (yang boleh muat maksima 10 orang) dimana semuanya dihimpit ke dalam bilik tidur utama. Hanya langsir yang memisahkan setiap katil.

“Rasanya seperti saya tinggal di kem pelarian,” kata Ian ketika berkongsi pengalamannya tinggal di bilik sempit itu.

Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan segelintir netizen berasa terkejut kerana kondominium mewah boleh membuat penginapan seperti dorm.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen mengatakan jika lelaki itu sanggup tambah lagi sedikit wang, dia boleh dapatkan penginapan yang lebih baik di sekitar Kuala Lumpur.

Malah, segelintir netizen yang pernah duduk di situ mengatakan bahawa penginapan tersebut sebenarnya berbaloi dengan harga ditawarkan dan jika dibandingkan dengan dorm luar negara, ianya lebih baik.