Mulai diumumkan sebagai model pengganti iPhone X, iPhone XS berjaya mencipta fenomena dengan penawaran saiz besar melalui model iPhone XS Max dengan kehadiran warna emas.

Terbaharu, pengedar rasmi Apple di Malaysia iaitu Machines hadir dengan promosi masa terhad dengan menawarkan iPhone XS dengan saiz storan 256GB dengan harga serendah RM3,099 sahaja.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →
iphone_xs_review_11
Sumber: Macworld UK

Untuk pengetahuan, model ini mulai ditawarkan dengan harga RM5,699 pada awal pelancaran sekaligus memberikan lebih banyak penjimatan buat mereka yang sudah lama ingin memilikinya.

Menyoal dari segi releven, iPhone XS 256GB dilihat masih berbaloi untuk didapatkan ditambah pula dengan sokongan iOS13 serta saiz storan yang besar. Buat anda yang berminat, anda boleh klik di sini untuk ke laman rasmi Machines untuk dapatkan promosi edisi terhad ini.

Selain itu, Apple juga dikatakan bakal melancarkan model terbaharu mereka iaitu iPhone 9 pada 31 Mac ini dengan harga mampu milik. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Apple iPhone 9 Dan iPad Pro Baharu Bakal Dilancarkan 31 Mac Ini

iPhone 9 Mungkin Ditawarkan Dengan Harga Sekitar RM1,600 Sahaja

Sumber