Melalui kemas kini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada semalam, Itali kini berada di kedudukan ketiga di belakang China dan Korea Selatan dalam bilangan keseluruhan kes Covid-19 yang dicatatkan.
Negara Eropah itu kini sudah pun mencatatkan 5,883 kes dan 233 kematian yang berpunca daripada wabak itu. Malah beberapa wilayah di Utara negara itu juga kini berada dalam zon merah dengan penduduk dilarang keluar daripada kawasan masing-masing.

Bagaimanapun, sedikit melegakan apabila Kedutaan Malaysia di Itali melalui satu perkongsian yang dibuat pengguna Twitter tidak ‘melupakan’ rakyat Malaysia yang berada di sana.
Melalui perkongsian @Krish_kumar22 , beliau berkata kedutaan Malaysia di Rom mengirim satu pakej bantuan kepada rakannya yang kini berada di zon merah Covid-19 di utara Itali.
Malaysian Embassy in Rome sent a care package to a friend who is living in the Covid-19 red zone in Northern Italy. It consists of hand sanitizer, wipes, disinfectant, masks, Maggi, durian dodol, serunding, Brahims rendang, hand sanitizer etc. Couldnt get anymore Malaysian.😂
— கிருஷ்ணா (@krishk_kumar92) March 6, 2020
“Kedutaan Malaysia menghantar satu bungkusan bantuan kepada kawan saya yang tinggal di zon merah Covid-19 di utara Itali.
“Ianya mengandungi hand sanitizer, tisu basah […] Maggi, dodol, serunding dan rendang Brahim’s. Sangat Malaysia,” kongsinya di Twitter.
Dalam kiriman tersebut, Krish turut berkongsi gambar pakej yang telah dihantar oleh kedutaan Malaysia kepada kawannya itu selepas ada netizen yang meminta bukti bergambar.
— கிருஷ்ணா (@krishk_kumar92) March 7, 2020
Perkongsian itu kemudiannya mencuri tumpuan netizen dan telah pun mendapat lebih 3,000 ulang kicau di Twitter.
Selepas melihat perkongsian yang dibuat Krish di Twitter itu, rata-rata netizen memuji tindakan yang telah diambil oleh kedutaan Malaysia di sana.
Bagaimanapun, ada juga yang sempat bergurau kenapa hanya satu bungkus sahaja Maggi kari yang disediakan oleh kedutaan Malaysia kepada rakannya di sana.
Krish kemudiannya menjelaskan rupa-rupanya stok Maggi kari di sana adalah sangat terhad dengan kebanyakan kedai runcit hanya menyediakan Maggi berperisa ayam.
Apa-apa pun tahniah kepada kedutaan Malaysia yang tidak ‘melupakan’ rakyat kita yang berada di sana. Semoga kiriman Maggi dan dodol akan menguatkan semangat beliau untuk menghadapi situasi terkini wabak Covid-19 yang semakin teruk di Itali.
Tahukah anda sehingga kini, lebih 50,000 pesakit yang dijangkiti wabak Covid-19 telah pun berjaya sembuh. Klik pautan di bawah untuk membaca.
Dalam Pada Ketakutan Pakar, Lebih 50,000 Pesakit COVID-19 Berjaya Dipulihkan
Dakwaan Ikan Singgang Sembuhkan COVID-19, Ini Penjelasan Sebenar Pensyarah UMT
Saintis Dapati Wabak Coronavirus Telah Bermutasi Menjadi Lebih Agresif