Adakah anda masih ingat aktiviti yang sering anda lakukan ketika masih kanak-kanak? Mesti anda teringat betapa bahagianya bermain pondok-pondok, memancing dan sebagainya tanpa perlu bimbang akan masalah, bukan?
Terbaharu, sebuah video tular di media sosial dimana menunjukkan seorang budak lelaki berusia 6 tahun menunjukkan skilnya masak kuetiaw goreng di rumahnya seperti sudah biasa memasak di dapur.
Baca Juga:
- Hanya Berharga RM4.90, Ini Set Menu Rahmah Yang Ditawarkan MYDIN Setiap Hari
- Biarkan Kanak-Kanak Keluarkan Kepala Melalui ‘Sunroof’, Polis Sedang Kesan Pemandu Proton X70
- Undang Bahaya Dan Tidak Selamat, Netizen Risau Lihat Kanak-Kanak Berpelukan Main ‘Flying Fox’
Serious lah umur 6 tahun dah masak Kuey Tiaw Goreng. Impress gila 😮
Korang umur 6 tahun reti masak apa? pic.twitter.com/JLpQgwKwiN
— Naz;Naz 🛍🍽 (@_NazriH) January 29, 2023
Menerusi video tersebut, dapat dilihat budak lelaki itu dipantau oleh bapanya ketika menggunakan peralatan dapur dan tidak terlihat kekok mengendalikan alatan dapur.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa kagum dengan skil yang ditunjukkan oleh budak lelaki terbabit. Segelintir netizen juga berseloroh mengatakan bahawa ketika mereka berumur 6 tahun, mereka hanya masak daun dan ranting.
https://twitter.com/KakFinaMembebel/status/1620077763909779457
Teach them young. Somehow I feel proud of him. Kudos to the kid and his parents! https://t.co/Gs60JbOmu6
— Faris (@faristalib_) January 30, 2023
Kids are more capable than we think.
I watch lot of montessori parenting where the parents really give trust, autonomy and guidance for their toddler to do lot of things in the house. The also provide suitable tool & environment.
The kids progress? Superb! https://t.co/QccBjNZ6mf
— Nyaman Skali~ (@sejuknyee) January 30, 2023
https://twitter.com/iznimaishihah/status/1619658971534737409
Tidak hanya itu, para netizen turut memberikan pujian kepada ibu bapa budak lelaki tersebut kerana memberikan pendedahan awal kepada anak mereka untuk ‘explore’ banyak benda. Malah, rata-rata netizen berpendapat bahawa pendedahan seperti ini bagus untuk perkembangan anak-anak.