Jho Low, orang yang paling dikehendaki di Malaysia didakwa telah membelanjakan AS$250,000 (RM1.046 juta) untuk Leonardo DiCaprio, Paris Hilton: AS$100,000 (RM418,625), Megan Fox: AS$250,000 (RM1,046 juta) dan Kim Kardashian: AS$50,000 (RM209,312), lapor Bloomberg.

Dalam butiran perbelanjaan yang dikeluarkan pihak pendakwaan dan keterangan seorang saksi di mahkamah memberitahu bahawa berjuta-juta dolar yang diseleweng hasil skandal 1MDB telah dibelanjakan termasuk untuk berparti mewah yang dibiayai Jho Low.

Juri turut menggambarkan Jho Low berpesta bagai tiada hari esok setelah membelanjakan sejumlah wang untuk hiburan iaitu AS$385,773 (RM1.616 juta) dan AS$5,000 (RM20,926) ditaburkan kepada model-model terkenal.

Parti itu juga dilaporkan menelan belanja lebih AS$3.6 juta (RM15.67 juta) termasuk 65 botol minuman keras Cristal Champagne dengan harga kira-kira AS$100,000 (RM418,530) dan tip kepada pelayan bar sehingga AS$38,955 (RM163,038).

Pendakwaan ini dibuat semasa sesi perbincangan melibatkan bekas Ketua Pelaburan Perbankan Goldman Sachs, Roger Ng yang dibicarakan di Mahkamah Persekutuan Brooklyn di atas dakwaan bersubahat melanggar undang-undang antipengubahan wang haram Amerika Syarikat (AS) yang melibatkan bilion dolar dana 1MDB.

Sekadar pinjam wang 1MDB, Jho Low yakin tidak lakukan kesalahan. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Sekadar Pinjam Wang 1MDB, Jho Low Yakin Tidak Lakukan Kesalahan

Rumah Agam Milik Jho Low Di Los Angeles Dijual Dengan Harga RM161 Juta

Banglo Mewah Milik Jho Low Di Los Angeles Bernilai RM81 Juta Bakal Dijual Separuh Harga