Seperti yang dijangkakan, orang ramai sedia membanjiri laluan trafik untuk pulang beraya ke kampung pada Tahun Baru Cina kali ini.
Seorang ahli perniagaan telah menjadi cerita sensasi di portal dalam talian apabila dia didapati menggunakan dua buah helikopter untuk membawa ahli keluarganya pulang ke rumah ekoran mahu menggelak daripada kesesakan lalu lintas bersempena perayaan Tahun Baru Cina.


Memetik laman MS News, warga setempat malah berpusu-pusu mahu melihat dua buah helikopter terbabit mendarat di padang di Bahau pada Khamis lalu iaitu pada hari kedua Tahun Baru Cina.
Dilaporkan pada tahun sebelumnya, ahli perniagaan dan keluarganya akan terbang ke rumah dengan menggunakan helikopter pada hari kedua Tahun Baru Cina.
Namun apa yang membuatkan ia lebih ‘istimewa’ pada tahun ini adalah kehadiran helikopter kedua untuk membawa keluarganya bergerak guna laluan udara tanpa perlu redah di kesesakan lalu lintas.
Kedua-dua buah helikopter itu mendarat di Bahau sekitar pukul 11 pagi pada Khamis, 30 Januari lalu.
Ketika helikopter mendarat, orang ramai berkumpul di luar padang rumput berpagar, kelihatan mereka mahu menangkap gambar “legenda” tempatan.
Rata-ratanya turut mengeluarkan telefon pintar masing-masing untuk merakam momen yang cukup menakjubkan itu.
Ahli perniagaan itu dilaporkan mengerahkan helikopter untuk mengelakkan kesesakan CNY.
Menerusi laporan media massa, sejumlah lebuh raya mengalami kesesakan besar berikutan rakyat Malaysia pulang ke kampung halaman mereka untuk Tahun Baru Cina.
Dalam meredakan tahap kesesakan lalu lintas, pihak berkuasa tempatan sudah mengaktifkan smart lane di sepanjang lebuh raya.
Tahukah anda sebelum ini ada ahli perniagaan yang sanggup menaiki helikopter untuk membeli lemang dan nasi kandar?