Tesco merupakan antara pasaraya yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia. Rangkaian pasaraya terbesar Britain, Tesco Plc itu sah akan menjual perniagaannya di Thailand dan Malaysia.

Menurut laporan, penjualan Tesco Plc kepada CP Retail Development Company Ltd (CPRD) itu akan dimuktamadkan pada minggu depan. Pada 9 Mac yang lalu, Tesco Plc telah bersetuju untuk menjual perniagaannya pada CPRD dengan nilaiĀ AS$10.6 bilion (RM43.1 bilion).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tesco, Ken Murphy, berkata beliau mengucapkan terima kasih kepada semua rakan sekerjanya di Asia di atas kerja keras dan dedikasi terhadap pelanggan mereka sepanjang beberapa tahun ini.

Penjualan Tesco bagi pasaran Asia Tenggara iaitu Malaysia dan Thailand ini juga dikatakan merupakan salah satu strategi Tesco dalam memfokuskan kepada pasaran mereka di UK.

Untuk makluman, Tesco Malaysia dilancarkan pada tahun 2002 dan mempunyai 74 pasaraya. Manakala rangkaian terbesar Tesco adalah di Thailand dengan 1,967 pasaraya sejak 1998.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Tesco pada pautan di bawah ini.

Mahu Tumpu Pasaran UK, Tesco Rancang Tutup Operasi Di Malaysia?

Tesco Malaysia Dilaporkan Amal Perhambaan Moden Terhadap Pekerja Asing

Tesco Malaysia Sedia Dijual Kepada CP Group Dengan Nilai RM2.95 Bilion

Sumber