Setiap perkara yang anda lakukan pastinya mempunyai sebab tertentu, boleh jadi terpengaruh atau terinspirasi. Begitulah dengan kisah bagaimana lelaki ini boleh jatuh cinta untuk mengembara.
Christian Carollo, jurugambar dari Amerika Syarikat ini mula berminat untuk mengembara setelah melihat album foto peninggalan datuk dan neneknya. Itupun pada asalnya hanyalah kebetulan sahaja.
Dengan hanya berbekalkan foto peninggalan datuk dan neneknya, dia nekad untuk merakam semula kenangan indah ini buat tatapan generasinya yang akan datang pula. Maka disinilah bermulanya pengembaraan beliau.
Siri kembara memburu semula lokasi-lokasi yang pernah dilawati oleh datuk dan neneknya dahulu ini dijudulkan sebagai ‘Past Present Project‘, di mana dia cuba untuk mengambil gambar betul-betul pada lokasi yang sama bersumberkan foto vintaj datuk dan neneknya dahulu.
Anda boleh lihat hasil fotografi oleh Christian Carollo dalam siri ini di bawah. Satu inspirasi yang cukup besar, Cool!.

















Ini kisah pengembaraan Christian Carollo, bagaimana pula dengan kisah anda?