Memang tidak dinafikan, telefon iPhone 16 akan menjadi hype walaupun tampak tiada perubahan ketara berbanding siri sebelumnya.

Seperti kita sedia maklum, kedai-kedai pengedar Apple sah sudah mula menawarkan pra-tempahan buat para peminat yang mahu mendapatkan iPhone 16 terbaharu bermula 13 September semalam.

Nampaknya kehangatan siri iPhone 16 di kalangan peminat tempatan dapat dilihat selepas orang ramai mengerumuni kedai Switch untuk menjadi individu terawal membuat tempahan telefon idaman masing-masing.

Pengedar Apple sah, Switch telah memuat naik sejumlah gambar dan video yang memperlihatkan barisan peminat Apple yang sedang beratur untuk membuat pra-tempahan di beberapa lokasi cawangan berlainan.

Mahu Jadi Pemilik Terawal, Orang Ramai Sanggup Beratur Untuk ‘Pre-Order’ iPhone 16
Sumber Gambar: FB Swtich
Mahu Jadi Pemilik Terawal, Orang Ramai Sanggup Beratur Untuk ‘Pre-Order’ iPhone 16
Sumber Gambar: FB Switch
Mahu Jadi Pemilik Terawal, Orang Ramai Sanggup Beratur Untuk ‘Pre-Order’ iPhone 16
Sumber Gambar: FB Switch

Menariknya, orang ramai sanggup datang lebih awal untuk mendapat tempahan iPhone idaman terawal sebelum pukul 8 malam tadi.

Walaupun barisan yang cukup panjang, ia tidak mematahkan semangat para peminat untuk beratur sehingga selesai proses pembayaran di kaunter bagi memastikan mereka bakal menjadi pemilik terawal berbanding dengan orang lain.

Mahu Jadi Pemilik Terawal, Orang Ramai Sanggup Beratur Untuk ‘Pre-Order’ iPhone 16
Sumbet Gambar: FB Switch
Mahu Jadi Pemilik Terawal, Orang Ramai Sanggup Beratur Untuk ‘Pre-Order’ iPhone 16
Sumber Gambar: FB Switch

Perkongsian Switch tersebut telah menarik minat ramai dan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Sebahagian netizen turut tumpang gembira dengan kegigihan peminat Apple yang sanggup beratur dalam barisan yang panjang untuk membuat tempahan awal bagi peranti dambaan masing-masing.

Sementara yang lain pula mempersoalkan tindakan tersebut kerana pra-tempahan boleh dibuat secara dalam talian malah stok iPhone sudah pasti mencukupi untuk seluruh Malaysia walaupun permintaan yang tinggi.