Seorang pempengaruh media sosial dari Indonesia mendapat kecaman ramai orang setelah memuat naik satu video beliau memakan daging babi sambil menyebut ‘bismillah’.

Sebelum ini, video berdurasi hampir dua minit telah dimuat naik oleh akaun Tiktok @lilmukerjililu beberapa minggu lalu di akaun media sosialnya.

Baca Juga:

Muat naik itu menjadi tumpuan 2.4 juta netizen di alam siber. Sehingga berita ini didedahkan, posting tersebut telah menerima puluhan ribu komen.

“Bismillah, eh, lupa. Kawan-kawan, hari ni macam dibuang dari keluarga sebab saya sangat ingin tahu apa yang dipanggil kriuk (kulit) babi,” kata Lina Mukherjee.

“Jadi hari ini saya langgar Rukun Iman, hahaha, saya pasti kad keluarga saya akan ditarik balik,” sambungnya lagi.

Kenyataan beliau ini telah menarik pelbagai kecaman dari pelbagai pihak. Baru-baru ini, beliau turut dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana didakwa mempersendakan agama.

Menurut laporan media Indonesia, Polis Wilayah Sumatera Selatan (Sumsel) telah menerima laporan daripada dua orang peguam berhubung dakwaan kandungan mempersendakan agama oleh Lina Mukherjee yang membuat kandungan makan kulit babi sambil mengucapkan Bismillah.

Putu Yudha, wakil pihak polis berkata, kes kandungan perhinaan agama disyaki melanggar undang-undang di Indonesia.

“Laporan sudah diterima. Awalnya laporan diterima oleh Ditreskrimum, tetapi karena ada dakwaan pelanggaran UU ITE, maka diserahkan ke Ditreskrimsus,” kata Putu Yudha

Putu menyatakan, pihaknya ketika ini masih mengumpulkan laporan, bermula daripada bukti hingga kandungan yang dilaporkan oleh dua peguam Palembang itu. “Kami akan melaporkannya lebih awal,” katanya.