Bagi anda yang gemar melancong ke luar negara dan juga mereka yang belajar atau bekerja di luar negara pasti bersetuju bahawa makanan negara kita adalah yang terbaik.
Bayangkan, mereka yang melancong ke luar negara tidak sampai sebulan pasti akan ‘craving’ keenakan makanan di Malaysia. Itulah yang disuarakan oleh seorang pengguna Twitter dengan mengatakan bahawa orang Melayu sukar mahu berhijrah ke negara lain disebabkan faktor makanan.
Artikel Berkaitan:
- ‘Habis Dalam Sekelip Mata’ – Pelakon Terkenal Korea Ini ‘Approve’ Kesedapan Aiskrim Gula Apong Di Kuching
- ‘Burger Terbaik Yang Pernah Saya Makan’ – Youtuber Dari UK Ini Kagum Dengan Kelazatan Ramly Burger
- Destinasi ‘Syurga Makanan’ Pelancong, Ini Lokasi Tempat Makan Menarik Di Pulau Pinang Wajib Anda Kunjungi
Aku rasa orang Melayu kita ni susah nak migrate keluar dari Nusantara sebab makanan kita terlampau sedap lah. Susah nak cari dekat luar. Patin nya, durian nya, ayam bakar, ikan bakar, sup tulang, air kelapa, tempe, ๐ฅ
Boleh mental kalau setahun tak makan makanan Melayu. pic.twitter.com/Fhj5Jjx856
— Mag (@magmalaya) January 23, 2023
Menerusi perkongsian tersebut, dia mengatakan bahawa makanan di Malaysia sedap kerana miliki keunikannya tersendiri dan boleh ‘mental’ jika tidak menjamah masakan Melayu.
‘Suara’ pengguna Twitter tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikannya. Malah, ada juga netizen mengatakan bahawa masakan Melayu di Malaysia boleh dikatakan eksklusif dan sedap serta ‘kena’ dengan selera rakyat Malaysia.
https://twitter.com/aaannniis/status/1617605049277943812
Tok sah cakap jauh
Dok kat indonesia plak
Mana nak dapat kuah2 sedap cam kat Malaysia
Asam pedas,masak lemak cili api,kari,tauchu,tomyam,tempoyak..
Balik2 ayam penyet,ayam kremes,ikan bawal penyet..
Sendu..— FreePalestine๐ต๐ธ๐ฒ๐พ (@TiadaCarut) January 23, 2023
Walaupun sedikit sedih makanan kita tak tembus pasaran luar seperti negara lain. Tapi kadang rasa eksklusif juga, makanan Malaysia ni kalau nak, kau kena datang Malaysia. Boleh jadi masa depan jutawan gemok dan buncit datang Malaysia sebab nak makan gourmet kita.
— ๅ ๅ Alif Afiq ๐ฒ๐พ (@AlifAfiq93) January 23, 2023
I even cried in the shower for 3 months straight sebab rindu nak pekena nasi kandar ayam goreng kedai mamak when I was in Indonesia ๐ญ https://t.co/sdym7C48rZ
— ๋์ Bizarre (@thdnfdk) January 23, 2023
Bukan itu sahaja, para netizen juga mengatakan pelancong yang pernah ke Malaysia kebanyakkannya mengakui makanan di Malaysia memang terbaik. Malah, ada juga netizen Malaysia yang berhijrah ke luar negara mengatakan mereka merindukan makanan di Malaysia.