Biasalah bila adanya majlis perkahwinan, keadaan menjadi meriah dan bakal dipenuhi dengan saudara-mara, kenalan rapat dan juga jiran terdekat.
Hal ini sedikit sebanyak membuka ruang kepada penjenayah untuk melakukan khianat kepada tuan rumah tanpa disedari seperti yang terakam di dalam kamera liter tertutup baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuat naik oleh malayansecretsociety, seorang wanita pertengahan usia disyaki mencuri beg tangan di sebuah majlis perkahwinan.
Difahamkan wanita terbabit didakwa telah menyamar sebagai salah seorang tetamu undangan.
Tanpa sebarang curiga pada awalnya, wanita terbabit telah meminta untuk masuk ke dalam kediaman tuan rumah kerana ingin menggunakan tandas.
Bagaimanapun, melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam rumah berkenaan, wanita berusia itu dilihat meluru ke arah dereten almari dan terus mengambil sebuah beg tangan yang berada di atas perabot berkenaan.
“Menyamar sebagai tetamu, tumpang tandas dan melarikan wang ringgit sebanyak RM 2,500,” kapsyen video itu.
Dimaklumkan kejadian berlaku pada 1 Februari lalu sekitar pukul 12.45 pagi bertempat di Kampung Tasek Berangan, Pasir Mas Kelantan.
@malayansecretsociety Menyamar sebagai tetamu, tumpang tandas dan melarikan wang ringgit sebanyak RM 2,500. Tarikh: 01 Feb 2025 Masa: 12:40PM Lokasi: Kampung Tasek Berangan, Pasir Mas
Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat, bolehlah salurkan kepada pihak berkuasa bagi mengesan suspek terbabit.
Menelusuri ruangan komentar, netizen mengambil iktibar dari kejadian tersebut yang mana tidak kira usia berapa pun mesti diawasi apabila mereka mahu menggunakan tandas lebih-lebih lagi ketika keramaian.
“Mak cik ni mesti dah banyak kali buat kerja macam ni…modus operandi sama ja, sasaran rumah kenduri,” kata seorang netizen.
“Mujur ada cctv kalau tak dituduh habis adib beradik. Masa kenduri ni la kita sibuk, memang senang depa nak buat kerja jahat,” ujar seorang netizen lain.
“Sebab tula bila ada kenduri dekat rumah kita. Jangan la suka-suka hati letak telefon ke bag duit ke dalam bilik. lani sapa pun kita tak boleh percaya risau betul,” pesan seorang lagi.
Dalam pada itu, sebahagian netizen turut berkongsi pengalaman pernah mengalami peristiwa yang serupa di samping mengalami kerugian mencecah ribuan ringgit.