Dengan peningkatan harga barang semasa, pengusaha kantin antara yang terjejas teruk dalam meraih pendapatan mereka. Jadi, setiap sen dalam transakai akan dihitung oleh mereka bagi melancarkan operasi seharian.
Baru-baru ini, tular satu rakaman di TikTok yang menunjukkan seorang mak cik kantin yang menegur tindakan cikgu yang menjual pelbagai aneka makanan di sekolah.
Menerusi rakaman video itu, kelihatan pelbagai seleksi makanan yang dijual termasuklah spagheti, bihun goreng, roti john, nasi lemak dan sebagainya. Harga setiap satu darinya juga agak murah sekaligus memberi saingan sengit kepada pengusaha kantin di situ.


Dalam masa itu, wanita berkenaan turut meluahkan kekecewaan dengan ‘saingan’ yang diberikan oleh pendidik walhal sekolah sudah menyediakan kantin untuk pelajar membeli makanan dan minuman.
“Saya diam bukannya saya tak ni, tapi saya malas nak ni dengan cikgu. Tapi cikgu buat lagi macam ni. Dorang ni semua buat ada suntikan ke?,” soalnya kepada pelajar dan cikgu yang mengendalikan perniagaan tersebut.
Guru itu kemudian menjawab makanan itu dijual kerana berlansungnya hari sukan di sekolah. Namun, makcik kantin, menepis jawapan itu dengan mendedahkan dia sentiasa melihat makanan itu dijual pada setiap hari.
Mak cik kantin sekali lagi mempersoalkan tindakan itu kerana ada pekeliling menyatakan guru sekolah tidak boleh menjalankan perniagaan dalam waktu persekolahan.
Watch on TikTok
Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata netizen berpihak kepada mak cik kantin kerana dia dilantik untuk menyediakan makanan dan minuman buat pelajar melalui tender.


Sementara guru-guru yang berkaitan sepatutnya berbincang terlebih dahulu dengan pengusaha kantin dalam menentukan penjualan pilihan juadah supaya boleh berlaku adil.