Dahulunya warga dari negara jiran giat datang ke Malaysia kerana percaya boleh mengubah hidup kerana tawaran gaji yang lebih bagus dan lokasi strategik untuk berulang-alik dengan kos yang rerndah.
Namun selepas ini bakal berubah susulan laporan terkini mendedahkan peraturan imigresen yang lebih ketat, operasi penguatkuasaan besar-besaran, dan berita tentang tangkapan pendatang tanpa izin telah menyebabkan Malaysia bukan lagi pilihan utama bagi rakyat Indonesia yang mahu bekerja.
Malaysia bukan destinasi utama lagi

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Hermono, mengakui bahawa Malaysia bukan lagi destinasi utama bagi pekerja Indonesia sejak tiga tahun kebelakangan ini, dengan hanya sedikit yang kembali setelah tempoh bekerja yang panjang di luar negara.
Sebelum pandemik Covid-19, jumlah warga Indonesia yang berdokumen di Malaysia adalah 1.13 juta, manakala jumlah pendatang tanpa izin dianggarkan sekitar 1.5 juta.
“Jumlah pekerja Indonesia yang berdaftar sebelum Covid-19 adalah 1.13 juta, manakala anggaran jumlah individu tanpa dokumen adalah sekitar 1.5 juta, menjadikan jumlah keseluruhan melebihi 2.5 juta.
“Bagaimanapun, disebabkan pandemik dan sekatan pergerakan, ramai yang pulang ke Indonesia, dan statistik terkini menunjukkan bahawa jumlah pekerja berdaftar telah menurun kepada sekitar 585,000, menandakan penurunan mendadak berbanding tahun-tahun sebelumnya,” katanya secara lanjut.

Dengan penurunan ketara ini, Hermono yakin bahawa jumlah warga Indonesia tanpa dokumen di Malaysia juga telah menurun secara drastik.
“Berdasarkan anggaran saya, jumlah keseluruhan rakyat Indonesia di Malaysia kini hanya sekitar 1.5 juta atau kurang, tanpa mengira status dokumentasi mereka.
“Malah, menurut statistik Malaysia sendiri, pekerja Indonesia bukan lagi tenaga kerja asing terbesar, kerana warga Bangladesh kini memegang kedudukan itu.
“Jumlah pekerja Indonesia di Malaysia telah menjunam dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini. Kedutaan Indonesia tidak lagi sibuk sehingga tengah malam; kini, semua urusan diselesaikan menjelang 3 petang,” tambahnya.
Lebih tertarik ke negara lain

Rakyat Indonesia kini semakin tertarik dengan peluang pekerjaan dalam sektor pekerja kolar biru di negara-negara seperti Eropah, Jepun, Taiwan, dan Hong Kong, di mana kemahiran yang kurang khusus diperlukan.
Hermono berkata bahawa pekerja Indonesia semakin tertarik dengan destinasi lain disebabkan peraturan imigresen Malaysia yang lebih ketat, operasi penguatkuasaan, dan laporan media mengenai tangkapan, yang telah menimbulkan kebimbangan untuk datang ke negara ini.
“Dulu, Malaysia tetapkan tarikh akhir ambil pekerja asing pada 31 Mei 2024 sebab pekerja dah terlalu ramai, kecuali pekerja ladang dan pembantu rumah. Sebab kerja terhad kat Malaysia, orang Indonesia sekarang lebih suka pergi Jepun, Eropah, Taiwan, dan Hong Kong untuk kerja-kerja yang tak perlukan kemahiran tinggi.
“Apa yang lebih menarik ialah Hong Kong, yang sebelum ini hanya menawarkan pekerjaan domestik, akan segera membuka peluang pekerjaan sektor formal untuk pekerja asing. Begitu juga dengan Singapura, jadi rakyat Indonesia kini mempunyai lebih banyak peluang,” katanya.
Apabila ditanya mengenai peluang pekerjaan yang berpotensi di Indonesia dengan pembukaan Ibu Kota Nusantara (IKN) yang dijadualkan pada tahun 2028, Hermono menolak idea tersebut, dengan mengatakan bahawa pusat pentadbiran baharu itu hanya akan memberi impak kecil dan hanya akan menyerap bilangan pekerja yang terhad dalam bidang tertentu.
Dengan keadaan penawaran peluang kerja yang semakin tipis di negara itu, ia menjadi sebab utama mengapa rakyat Indonesia lebih selesa mencari kerja di luar negara kecuali di Malaysia.
Akibatnya, lebih sedikit jumlah individu akan datang bekerja di Malaysia. Data akan kekal statik, dan mereka yang menyertai program penghantaran pulang pendatang akan disenarai hitam dan tidak dapat kembali.
Dalam perkara berlaian, Hermono berkata bahawa jumlah rakyat Indonesia yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri tahun ini akan jauh lebih rendah, kerana sambutan itu secara amnya kurang meriah berbanding Aidiladha.